Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Konsert ‘Super Star Sabah 2016’ dapat tingkatkan industri pelancongan Sabah

3:06pm 10/05/2016 Elezebeth Esther Onjining 169 views Hiburan,Pelancongan,Tempatan
Brandon (tengah) merakam bersama para penganjur semasa sidang media sempena Konsert Super Star Sabah, disini, semalam. Turut kelihatan, Winston (enam dari kiri)

KENANGAN… Brandon (tengah) merakam bersama para penganjur semasa sidang media sempena Konsert Super Star Sabah, disini, semalam.

KOTA KINABALU- GIG Studio Entertainment Sdn Bhd akan menganjurkan sebuah konsert ‘Super Star Sabah 2016’ di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada 23 Julai tahun ini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu, Brandon Tang, konsert tersebut bertujuan untuk mempromosi negeri ini ke mata dunia khususnya pelancong dari negara China.

“Seperti mana yang kita tahu, pelancong dari negara China merupakan salah satu sumber pendapatan utama di Sabah bagi industri pelancongan di negeri ini.

“Kami juga ingin menggalakkan lebih banyak penganjuran konsert di negeri ini agar masyarakat tempatan tidak perlu bersusah payah pergi ke tempat lain untuk menonton konsert,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang akhbar sempena konsert ‘Super Star Sabah 2016′ di sini, semalam.

Selain itu, konsert tersebut akan mempersembahkan kebudayaan masyarakat Sabah kepada para pengunjung.

“Para pelancong berpeluang untuk menyaksikan persembahan daripada kumpulan kebudayaan dan seterusnya dapat memahami budaya tempatan masyarakat Sabah,”katanya.

Menurut Brandon, konsert selama tiga jam itu, para pengunjung akan dihiburkan dengan penyanyi wanita terkenal Hong Kong, G.E.M akan bersama- sama beberapa artis dari Taiwan, China seperti Genie Chuo, AJ Chase Chang, Lara dan Esther dan seorang artis cina tempatan, JY.

“Dengan menjemput penyanyi terkenal seperti G.E.M, ini dapat menarik perhatian pelancong dari China untuk melancong ke Sabah,”katanya.

Selain itu, Brandon turut berkata bahawa syarikat itu akan menaja seramai lima orang pelajar UMS yang terpilih sehingga mereka menamatkan pengajian mereka serta memberi sumbangan kepada Pusat Jagaan Tolumis.

Hadir sama, Pengerusi Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Sabah, Dato’ Seri Winston Liaw, Presiden Slamptea, Peter Chow, Pengarah Wilti-Jos Music Production, Gerald Soon. – Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan