Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,689

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Konsert Rock Dihentikan Seketika Untuk Solat Maghrib Berjemaah

2:31pm 06/04/2016 Pak Roshan 1321 views Hiburan

konsert

SITUASI sebegini jarang-jarang sekali dapat disaksikan apabila pengunjung sebuah konsert rock, Rock in Borneo 2016 yang diadakan baru-baru ini berhenti seketika daripada berhibur.

Puncanya bukan kerana masalah cuaca atau rusuhan penonton, sebaliknya semua yang hadir menunaikan solat Maghrib secara berjemaah langsung di lokasi persembahan.

Konsert yang diadakan di Stadium Lapangan Panahan Aji Imbut, Tenggarong, Indonesia itu memperlihatkan kesemua yang terlibat termasuk artis, krew dan penonton turut bersama-sama mengerjakan solat.

Lebih unik kewajipan kedua dalam rukun Islam itu diimamkan sendiri oleh Imam Al Habib Hasyim Salim yang terkenal dalam kalangan masyarakat tempatan.

Mereka mendirikan solat di tempat penonton dan sebaik selesai, para hadirin tidak terus kembali berhibur sebaliknya mereka berselawat dan berzikir dengan pimpinan imam tersebut.

Memang satu pemandangan yang cukup indah, dalam sibuk-sibuk berhibur terkinja-kinja, kewajipan sebagai orang Islam tidak sesekali dilupakan.

Seimbang dunia dan akhirat, orang kata.

– MYNEWSHUB

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan