Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,771

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Konsert metal berapi

10:39am 01/11/2015 Pak Roshan 16 views Global
AMBULANS bersedia di luar bangunan yang menempatkan kelab malam Colectiv yang terbakar kelmarin.

AMBULANS bersedia di luar bangunan yang menempatkan kelab malam Colectiv yang terbakar kelmarin.

Bucharest, Romania: Sekurang-kurangnya 27 maut dan lebih 160 lagi cedera dalam kebakaran yang berlaku ketika berlangsung konsert heavy metal di sebuah kelab malam bawah tanah di sini kelmarin.

Kebakaran di kelab malam Colectiv tercetus kira-kira jam 11 malam (waktu tempatan) ketika beratus-ratus pengunjung menyaksikan konsert oleh kumpulan heavy metal, Goodbye to Gravity.

Sumber hospital memberitahu, jumlah kematian mungkin meningkat kerana seramai 25 lagi mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.

“Ini adalah tragedi terburuk pernah berlaku di Bucharest,” kata setiausaha negara untuk dalam negeri, Raed Arafat.

Saksi memberitahu, kebakaran tercetus apabila percikan daripada persembahan bunga api dalam konsert itu menyambar tiang dan siling bangunan.

Penonton mula panik apabila asap mula menyelubungi premis bawah tanah itu sebelum meluru keluar untuk menyelamatkan diri.

“Ramai yang pengsan kerana terhidu asap dan keadaan bertukar menjadi huru-hara apabila ramai yang jatuh dan terpijak ketika melarikan diri,” kata seorang saksi, Victor Ionescu.

Pihak berkuasa memberitahu, ramai yang cedera akibat dipijak ketika rempuhan dan terhidu asap.

Pemain bass dan penyanyi kumpulan Goodbye to Gravity yang membuat konsert bagi mempromosikan album terbaru mereka turut cedera parah.

Seorang lagi saksi, Alain Panduru memberitahu, ramai mangsa terperangkap kerana api merebak terlalu pantas.

“Ramai yang terperangkap kerana hanya ada satu pintu keluar menyebabkan rempuhan berlaku,” katanya.- AFP/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan