Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,663

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Konsert Kupikupifm mendapat sambutan hangat

6:20pm 20/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 2561 views Hiburan,Tempatan
Antara artis- artis tempatan mahupun nasional membuat persembahan di konsert tersebut

Antara artis- artis tempatan mahupun nasional membuat persembahan di konsert tersebut

PENAMPANG- Konsert Kupikupifm yang julung kali diadakan mendapat sambutan yang amat mengalakkan daripada para peminat artis tempatan dan juga pendengar setia stesen radio tersebut.

Seramai lebih 3,000 pengunjung memenuhi Auditorium Tertutup KDCA seawal jam 6 petang dan konsert tersebut dimulakan dengan persembahan dari artis tempatan Sabah, Marcel Gatisi dengan lagu ‘Kupi-kupi Dulu’ dan ‘Saat Berteman’.berjaya

Menurut Pengurus Program Kupikupifm, Lester Miol berkata konsert yang julung kali diadakan itu berjaya menampilkan bakat tempatan termasuk penyanyi, kumpulan kugiran dan penari dari kolej dan institut seni yang ada di Sabah.

“Kami sedar ada bakat tempatan yang masih mencari ruang untuk menonjolkan karya dan kebolehan mereka. Kupikupifm melihat konsert ini sebagai peluang untuk artis-artis Sabah membawa secara terus muzik dan bakat mereka ke perhatian masyarakat Sabah.

“Kupikupifm berharap konsert ini dapat melonjakkan lagi nama penyanyi dan bakat-bakat tempatan dalam arena hiburan Sabah dan seterusnya di peringkat nasional,” katanya di Bangunan Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), semalam.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan bahawa Kupikupifm telah mengorak langkah untuk memulakan www.kupikupifm.my supaya stesen itu boleh didengari di seluruh dunia menerusi alam maya.

Lester berkata pada masa ini, terdapat ramai orang Sabah yang berkerja di luar daripada kampung halaman mereka apabila berhijrah ke Kota Kinabalu dan juga ke Semenanjung Malaysia termasuk di Kuala Lumpur, Perak, Pulau Pinang, Johor, dan juga Singapura.

“Sudah tentu mereka yang mencari rezeki di tempat lain merindui tempat asal mereka dan ada yang mungkin sunyi sebab tidak mempunyai kawan-kawan dari latar belakang yang sama.

“Tidak mudah bagi mereka pulang ke kampung dengan kerap disebabkan pelbagai faktor. Kupikupifm memberi masyarakat Sabah peluang untuk mendapatkan khabar atau berita terkini tentang apa yang berlaku di tempat asal mereka dan juga peluang untuk berinteraksi sesama sendiri dan dengan penyampai kami,” katanya.

Antara artis yang tampil pada konsert itu adalah Firman yang memenangi kedudukan teratas Akademi Fantasia edisi 2014 bersama kumpulannya Firmanation; Rich AF dan Estranged; artis Dusun popular Francis Landong, Clarice John Matha; dan penyanyi kanak-kanak Myra Lily yang popular menerusi Astro Ceria All Stars.

Para penyampai radio bersama artis- artis tempatan membuat persembahan di konsert tersebut

Para penyampai radio bersama artis- artis tempatan membuat persembahan di konsert tersebut

Artis lain dalam senarai 23 penghibur adalah Marcel Gatisi, Heidi Vanessa Maruning, Marlenney, The Janggut, Keydeet Jack, Ridah & Ezani Mes, Malek Nasir, Fabian Williams, Faizul Sany, Marsha Milan, Rimba, Apiang Sausun, Kumpulan Seni Institut Sabah, Kumpulan Penari Kolej Sidma.

Disamping itu, kehadiran penyampai radio Kupikupifm Velvet, Greg, Niz, Nera and Janrywine menambahkan lagi kehangatan suasana Konsert Kupikupifm 2016 semalam. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan