
KOTA KINABALU- Seramai 70 orang pelajar muzik Eastern College Kota Kinabalu dengan kerjasama pusat beli belah Oceanus telah menjayakan persembahan amal okestra selama dua jam di Broadwalk of Oceanus Waterfront, disini, hari ini.
Persembahan okestra tersebut merupakan salah satu program khidmat masyarakat (CSR) yang di anjurkan oleh pihak pengurusan Pusat Beli Belah Oceanus bagi membantu insan kurang upaya di pusat penjagaan Tolumis, Tuaran.
Hasil jualan tiket konsert iaitu lebih kurang RM 6000 telah didermakan kepada pusat penjagaan tersebut.
Konsert tersebut telah dimulakan dengan muzik tema kolej tersebut dan diikuti dengan persembahan lagu-lagu krimas. Disamping itu, mereka turut mendendangkan beberapa lagu tempatan dalam bahasa Melayu dan Kadazan.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Jainab Ahmad Ayid, Penaung Pusat penjagaan Tolumis, Madam Ching Mee, dan Ketua Pegawai Eksekutif Eastern College, Sazally Baharudin.-Oleh Elezebeth Onjining/Sayangsabah
