Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Konsep 1Malaysia merujuk perkongsian budaya dan permuafakatan

Pembantu menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi - foto Stenley / SayangSabah
Pembantu menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi – foto Stenley / SayangSabah

KOTA KINABALU- Konsep 1Malaysia merujuk kepada perkongsian budaya dan permuafakatan yang perlu diamalkan dalam kalangan rakyat dan bukan sekadar di dalam konteks perkongsian perayaan.

Pembantu menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam sekitar Sabah, Datuk Kamarlin Ombi berkata, masyarakat perlulah berganding bahu untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara untuk terus kukuh dan harmoni.

Menurutnya, keunikan negara ini dapat dilihat dengan kehidupan harmoni yang dinikmati oleh masyarakat berbilang bangsa sungguhpun mempunyai budaya yang berbeza.

“Kita dapat melihat keharmonian ini apabila semua bangsa bersama-sama memeriahkan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan perkara ini turut berlaku pada perayaan tahun baharu Cina atau Krismas,” katanya ketika berucap di majlis rumah terbuka Hari Raya muzium Sabah di sini, hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, Amalan saling kunjung-mengunjungi wajar dikekalkan bagi mengeratkan hubungan silaturahim antara sesama.

“Sambil kita bergembira di Hari raya, teruskanlah tradisi ziarah menziarahi yang telah menjadi amalan kita, ambilah peluang pertemuan di bulan yang penuh barakah ini sebagai medan saling bermaafan antar satu sama lain,” ujarnya.

Tambahnya, Sifat kekeluargaan yang dibentuk dengan erat dalam kalangan rakayat amat penting dalam membentuk kerukunan perhubungan.- oleh Dewiana Tinggolongon / SayangSabah.

Komen


Berita Berkaitan