Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Konflik manusia, gajah rumit diselesaikan

DATUK Seri Masidi Manjun (dua dari kanan) menyerahkan raplika cek kepada wakil sekolah pada Majlis Jubli Emas Temasya Sukan Olahraga MSSS, di Stadium Likas, Kota Kinabalu. Hadir sama Pengarah Pendidikan negeri Sabah, Datuk Maimumnah Suhaibul (tiga dari kanan). – Foto Lano Lan

 

KOTA KINABALU: Konflik antara manusia dan gajah Pygmy Borneo di negeri ini, terutama di Telupid belum ada jalan penyelesaian.

Perbincangan dan kerjasama dengan pihak yang ada kepakaran gajah sedang berjalan dan ia membabitkan pertimbangan rumit untuk diputuskan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Masidi Manjun turut mengakui bahawa isu itu sukar untuk ditangani dan berharap ia dapat dipermudahkan.

“Kita belum selesai memuktamadkan hasil daripada perbincangan mengenai konflik itu.

“Perbincangan ini membabitkan pertimbangan yang rumit. Kita harapkan ia dapat dipermudahkan,” katanya diminta mengulas mengenai perkembangan terkini hasil perbincangan dengan pihak Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah berkaitan konflik manusia dan gajah di negeri ini.

Terdahulu, beliau ditemui media selepas merasmikan Jubli Emas Temasya Sukan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Sabah (MSSS) 2018 di Stadium Likas, di sini, hari ini.

Konflik antara manusia dan gajah dikesan semakin meningkat sejak Februari lalu di beberapa kawasan, terutamanya di Telupid, apabila haiwan itu memasuki kawasan Balai Polis Telupid selain menceroboh dewan makan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telupid.

Selain itu, seorang kakitangan JHL turut cedera selepas terjatuh ke dalam gaung ketika cuba melarikan diri daripada gajah di kawasan berhampiran sekolah.

Sehubungan itu, perbincangan dilakukan bagi mencari jalan penyelesaian untuk menghadapi isu konflik manusia dan gajah di negeri ini. – BH ONLINE

DATUK Seri Masidi Manjun (empat dari kiri) hadir pada Majlis Jubli Emas Temasya Sukan Olahraga MSSS, di Stadium Likas, Kota Kinabalu. – Foto Lano Lan

Komen


Berita Berkaitan