Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

12,499

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kondom jadi penyelamat

10:05am 11/01/2017 Pak Roshan 5782 views Global

KEADAAN penutup botol berkenaan di dalam perut Liu. Gambar kanan, doktor menggunakan kondom untuk menarik keluar penutup botol itu secara selamat. FOTO DM

Beijing: Seorang lelaki China yang tertelan penutup botol berjaya diselamatkan selepas pembedahan selama hanya lima minit dengan hanya menggunakan kondom untuk mengeluarkan objek berkenaan.

Lelaki dikenali sebagai Liu, 40, dari Lianyungang itu berkata, dia tertelan penutup botol dibuat daripada besi itu secara tidak sengaja kerana minum terlalu cepat ketika majlis perjumpaan semula dengan rakan lamanya pada 6 Januari lalu, lapor People’s Daily Online.

Doktor memutuskan menggunakan kondom kerana ia cukup nipis untuk dimasukkan ke dalam badan pesakit dan mengelak luka pada esofagus serta ususnya memandangkan bucu tajam pada penutup botol itu.

Liu dilaporkan mengalami sakit perut selepas menelan penutup botol itu dan dibawa ke unit kecemasan di Hospital Rakyat di Lianyungang, di wilayah Jiangsu.

Imbasan x-ray menunjukkan penutup botol bergerigi daripada botol bir tersangkut di dalam perut Liu. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan