Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Komuniti Sino KDM punya peranan penting bantu pembangunan negeri: Musa

 

Musa Aman (kanan) bersalaman dengan masyarakat yang mengdiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina Sino KDM. - foto JKM
Musa Aman (kanan) bersalaman dengan masyarakat yang mengdiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina Sino KDM. – foto JKM

KOTA KINABALU – Masyarakat Sino Kadazandusun (KDM) memiliki sejarah penting dalam membantu menyumbang daripada aspek polisi kerajaan, perniagaan dan keseluruhan pembangunan di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kerajaan telah mengiktiraf sumbangan komuniti Sino KDM terhadap pembangunan negeri ini dan akan terus menyokong program yang dilaksanakan oleh mereka.

“Kerajaan Barisan Nasional (BN) berusaha untuk mengekalkan perpaduan, keharmonian dan keamanan bersama seluruh kaum di negara ini,” katanya ketika berucap semasa menghadiri rumah terbuka Tahun Baharu Cina Sino KDM di kediaman Presidennya, Datuk Johnny Goh, di Inanam, dekat sini hari ini.

Musa berkata, sokongan terhadap penganjuran perayaan secara bersama seperti Tahun Baharu Cina, Kaamatan, Hari Raya, Krismas dan Deepavali merupakan bukti komitmen kerajaan negeri dalam melaksana kebebasan beragama di Sabah.

Musa Aman (tengah) dan Johnny Goh disertai beberapa pemimpin mengadakan acara `yee sang,. - foto JKM
Musa Aman (tengah) dan Johnny Goh disertai beberapa pemimpin mengadakan acara `yee sang,. – foto JKM

Oleh sebab itu, beliau menggesa komuniti Sino KDM agar terus memberikan kerjasama dengan kerajaan untuk memastikan pembangunan Sabah dapat dicapai dan dirasai oleh seluruh rakyat.

“Justeru, kita amat berbesar hati dengan peranan dan komitmen Datuk Johnny Goh dalam persatuan. Sebagai bekas wakil rakyat dan pemimpin beliau memiliki semangat tinggi,” ujar Musa.

Sementara itu, Johnny memberitahu kepimpinan Musa telah berjaya membawa Sabah ke mercu pembangunan yang begitu diharapkan oleh rakyat di negeri ini.

“Beliau telah membuktikan keupayaan sebagai seorang pemimpin berkaliber dan disegani ramai. Kejayaan beliau dapat dilihat menerusi kemenangan BN dalam tiga pilihan raya umum lalu.

“Kita juga beruntung kerana beliau (Musa) mampu mentadbir negeri ini dengan baik terutama daripada segi pengurusan kewangan yang berjaya diuruskan dengan cekap dan efisien,” jelasnya sambil menambah kerajaan negeri telah menyumbang RM100,000 kepada persatuan itu apabila ia mula ditubuhkan lima tahun lalu.

Terdahulu, Musa mengumumkan peruntukan RM100,000 kepada persatuan tersebut manakala RM200,000 bagi menaiktaraf jalan raya Kolom Pison Pomotodon-Sinulihan sepanjang satu kilometer serta RM100,000 lagi bagi membaikpulih Sekolah Kebangsaan (SK) Pomotodon, Inanam. – SayangSabah

 

 

Komen


Berita Berkaitan