Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Komuniti Mukim Dalit Sook terus bantah pengambil tanah

Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Komuniti Masyarakat Mukim Dalit yang membantah permohonan tiga syarikat di kawasan tanah adat dan hak asasi mereka. - foto Kalawon Sawing
Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Komuniti Masyarakat Mukim Dalit yang membantah permohonan tiga syarikat di kawasan tanah adat dan hak asasi mereka. – foto Kalawon Sawing

KENINGAU – Pertubuhan Komuniti Masyarakat Mukim Dalit Sook terus mempertahankan hak ke atas tanah adat seluas 6,589 hektar di Dalit Mandalom, dekat sini, yang didakwa penduduk merupakan milik mereka.

Sebelum ini, penduduk terbabit mengemukakan bantahan terhadap tiga syarikat yang membuat permohonan ke atas tanah itu.

Presidennya, Simon Susuru Antibak berkata, mereka meneruskan bantahan melalui Pertubuhan Pendaftar (ROS) kerana surat yang dikemukakan kepada kerajaan negeri pada Julai tahun lalu belum ada sebarang tindakan.

Katanya, mereka membantah permohonan tiga  syarikat berkenaan demi mempertahankan hak dan kawasan itu untuk masa depan anak-anak.

“Di kawasan ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan geran komunal seluas lebih kurang 8,000 hektar kepada penduduk tetapi tidak mencukupi apabila dianggarkan lebih 3,000 penduduk lagi yang tidak tersenarai dalam geran berkelompok itu,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Simon berkata, masih ramai penduduk di kawasan ini belum memiliki tanah bergeran untuk menjamin masa depan mereka walaupun ada diperuntukkan geran komunal tetapi tidak semua penduduk di kawasan itu disenaraikan dalam geran komunal itu.

Katanya, adalah lebih baik sekiranya tanah itu diagih-agihkan kepada penduduk kampung melalui geran tanah adat bagi menjamin masa depan dan meningkatkan ekonomi penduduk bagi jangka masa panjang. – oleh Kalawon Sawing / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan