Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Komuniti Esszone Perlu Berwaspada, Tidak Leka Dalam Zon Selesa

ruji

LAHAD DATU – Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) Ruji Ubi menggesa komuniti Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) supaya sentiasa berwaspada dan tidak berasa terlalu selesa dengan keamanan yang dinikmati sekarang.

Sebaliknya, beliau berkata, mereka perlu membuka mata dan telinga serta sentiasa memantau keadaan terutama di kawasan persekitaran mereka.

“Umpama air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Jangan kita terlalu selesa berada di zon selamat sehingga kita leka.

“Harus diingat kawasan Esszone dari Kudat hingga ke Tawau adalah terlalu luas. Bukan mudah untuk mengawal perairan kita daripada diceroboh…inilah cabaran kita,” katanya ketika menyampaikan ucapan aluan sempena majlis pertemuan Esscom bersama anggota Polis Bantuan Felda di Felda Sahabat 3, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Ruji berharap komuniti Esszone, termasuk anggota polis bantuan Felda, dapat membantu merealisasikan harapan kerajaan untuk mewujudkan suasana aman dan damai di Sabah.

Beliau berkata penstrukturan semula Esscom pada Julai tahun lepas menyaksikan pewujudan dua komponen utama iaitu komponen keselamatan dan komponen awam.

Ruji berkata komponen awam Esscom terus komited untuk membantu komponen keselamatan menjayakan misi dan visi Esscom, terutama dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan rakyat. – BERNAMA

Komen


Berita Berkaitan