Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Komuniti Belia Kota Belud Anjur Karnival Varia-C

3:06pm 21/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 57 views Kota Kinabalu,Tempatan
ZAMZURI (duduk, dua kanan) bersama ajk penganjur Karnival Varia-C menunjukkan poster karnival itu. Foto Alex Mairin/SayangSabah

ZAMZURI (duduk, dua kanan) bersama ajk penganjur Karnival Varia-C menunjukkan poster karnival itu. Foto Alex Mairin/SayangSabah

KOTA KINABALU- Komuniti Belia Kota Belud menganjurkan Karnival Varia-C Belia Muhibbah bermula 10 hingga 24 September tahun ini.

Karnival tersebut melibatkan gabungan kerjasama 28 persatuan atau pertubuhan belia di seluruh zon berkenaan.

Menurut Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno Kota Belud, Zamzuri Tan Sri DSP Pandikar Amin Mulia, karnival yang julung kali diadakan itu berkonsepkan ‘Riadah Santai’ dimana ia berunsurkan kerohanian, kekeluargaan dan kebudayaan.

“Istilah ‘Varia-C’ yang digunakan adalah kerana karnival ini mengandungi kepelbagaian aktiviti yang merangkumi berbagai unsur kekeluargaan antara Komuniti Belia dan Masyarakat,” katanya dalam satu sidang media sempena Karnival Varia-C Belia Muhibbah Kota Belud 2016.

Tambahnya, karnival itu merupakan perintis untuk mewujudkan satu program yang dilaksanakan gabungan belia bakal dilaksanakan secara tahunan.

“Melalui perlaksanaan berterusan karnival ini menjadikan ia suatu acara yang dinanti- nantikan serta mampu menjadi produk pelancongan di daerah ini nanti,” jelasnya.

Zamzuri berkata karnival selama 15 hari itu menyasarkan seramai 5,000 pengunjung dari pelbagai lapisan masyarakat.

Selain itu, katanya, lokasi perlaksanaan karnival itu diadakan di dua tempat iaitu Padang Ostrich Lodge dan Dewan Terbuka Sri Dungku’aan, Kg Rampayan Laut, Kota Belud.

“Pelancaran karnival ini akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan pada 25 Sept, jam 10.30 pagi di Dewan Terbuka Sri Dungku’aan Kg Rampayan Laut, Kota Belud,”katanya.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan termasuklah ‘Ratu Muslimah Chubby’, pertandingan memasak, pertandingan sukan rakyat, pertandingan karaoke dan persembahan Hiburan Artis Jemputan dan Cabutan Tiket Bertuah.

Zamzuri turut menjemput orang ramai hadir memeriahkan karnival itu disamping bergembira dan beriadah bersama keluarga. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Zamzuri ketika sidang media sempena Karnival Varia-C Belia Muhibbah Kota Belud 2016

Zamzuri ketika sidang media sempena Karnival Varia-C Belia Muhibbah Kota Belud 2016. Foto Alex Mairin/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan