Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Komputer tewaskan manusia

LEE meneliti semula papan Go selepas tewas kepada komputer dalam pertandingan di Seoul, semalam.
LEE meneliti semula papan Go selepas tewas kepada komputer dalam pertandingan di Seoul, semalam.

Seoul: Satu program komputer yang dibangunkan Google berjaya menewaskan juara dunia permainan Go dari Korea Selatan apabila menang mudah 3-0 semalam.

Go adalah sejenis permainan papan tradisi Cina dan kemenangan program yang dikenali sebagai AlphaGo dianggap satu kejayaan besar bagi teknologi terbaru kecerdasan buatan (AI).

AlphaGo menang mudah tiga kali berturut-turut dalam lima set pertandingan menentang juara Korea Selatan, Lee Se-Dol, pemain paling hebat Go di alaf baru dengan 18 kejuaraan dunia.

Lee sangat yakin apabila meramalkan dia akan menang mudah selepas menyahut cabaran AlphaGo.

Namun, dia kini tertekan untuk mengelak malu besar dalam dua lagi baki perlawanan yang berlangsung hari ini dan Selasa ini.

“AlphaGo bermain dengan konsisten dari awal hingga akhir, tetapi Lee hanya manusia dan dia menunjukkan kelemahan mentalnya,” kata bekas jurulatih Lee, Kwon Kap-Yong.

Pencipta AlphaGo, Google DeepMind berkata, kejayaan itu lebih penting berbanding wang tunai AS$1 juta (RM4.07 juta) yang ditawarkan kepada pemenang.

“Ini menunjukkan AI boleh pergi lebih jauh mengatasi pemprosesan nombor manusia super,” katanya.

Kejayaan komputer paling terkenal sebelum ini adalah pada 1997 apabila komputer Deep Blue ciptaan IBM menewaskan Garry Kasparov yang ketika itu adalah juara catur dunia.

Bagaimanapun, permainan Go yang mempunyai lebih banyak konfigurasi pergerakan berbanding jumlah atom di alam semester, sudah lama dianggap sebagai ‘wilayah eksklusif manusia’.

Google DeepMind menggambarkan Go sebagai Gunung Everest bagi AI kerana permainannya yang kompleks dan memerlukan kreativiti dan gerak hati untuk menewaskan lawan. – AFP/HMetro

Komen


Berita Berkaitan