Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kompleks Mahkamah Syariah di Sabah bantu selesai kes jenayah syariah cepat dan berkesan

Musa Aman (dua dari kanan) menerima replika cek bantuan Program Ziarah Marhabbah Negeri Sabah berjumlah RM980,000 daripada Ibrahim dalam Majlis Pecah Tanah Kompleks Mahkamah Syariah Sabah.
Musa Aman (dua dari kanan) menerima replika cek bantuan Program Ziarah Marhabbah Negeri Sabah berjumlah RM980,000 daripada Ibrahim dalam Majlis Pecah Tanah Kompleks Mahkamah Syariah Sabah.

KOTA KINABALU – Pembinaan Kompleks Mahkamah Syariah baharu di negeri ini bernilai RM63 juta mampu meningkatkan tahap penyelesaian kes melibatkan jenayah syariah dengan lebih cepat dan berkesan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kompleks mahkamah syariah itu bakal dilengkapi dengan kemudahan canggih serta terkini itu dan turut memberi peluang kepada anak-anak tempatan yang berkelayakan mengisi jawatan-jawatan kosong itu kelak.

Malah, beliau menambah, pembinaan bangunan tersebut yang dijangka siap sepenuhnya pada 2018 juga merupakan komitmen kerajaan Persekutuan dan negeri dalam menegakkan syiar Islam di Sabah.

“Oleh itu, adalah menjadi hasrat kerajaan agar pembinaan kompleks mahkamah syariah baharu lima tingkat ini mampu memberi perkhidmatan terbaik dan berkualiti untuk rakyat serta memberi keselesaan dan kemudahan sama taraf dengan Mahkamah Sivil.

“Saya juga yakin dan percaya pembinaan kompleks ini akan memberi impak positif terhadap keberkesanan penyampaian dan warga Mahkamah Syariah secara keseluruhannya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kompleks Mahkamah Syariah Sabah, di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Menteri, Datuk Yahya Hussin; Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Mohd. Ariffin Arif dan Ketua Pengarah, merangkap Ketua Hakim Syarie, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Tan Sri Dr. Ibrahim Lembut.

Dalam majlis itu, Musa yang mewakili kerajaan negeri menerima bantuan banjir dan Program Ziarah Marhabbah Negeri Sabah masing-masing berjumlah RM300,000 dan RM980,000 daripada kerajaan Pusat yang disampaikan oleh Ibrahim.

Kompleks mahkamah baharu dengan ketinggian lima tingkat dilengkapi kelengkapan dan kemudahan canggih serta terkini itu dijangka siap sepenuhnya pada Julai 2018.

Ia meliputi mahkamah rayuan, dua mahkamah tinggi dan tiga mahkamah rendah, bilik-bilik hakim dan pegawai, bilik teknologi maklumat, perpustakaan, kafeteria, surau, tempat letak kenderaan dan landskap. – oleh Sitti Nor Azizah Talata / SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan