Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,800

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kompaun akan dikenakan kepada kutu sampah- Yeo

8:37pm 16/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 14 views Tempatan
Yeo menyerahkan MoU kepada Kong semasa Program Khidmat Masyarakat antara DBKK dan Jesselton College, disini, hari ini

Yeo menyerahkan MoU kepada Kong semasa Program Khidmat Masyarakat antara DBKK dan Jesselton College, disini, hari ini

KOTA KINABALU- Masyarakat di daerah ini digesa untuk bekerjasama dengan pihak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dalam merangka dan melaksana program menjaga kebersihan bandaraya itu.

Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai berkata semua pihak di daerah itu perlu bekerjasama dalam memastikan pembangunan secara mampan terutamanya dalam aspek penjagaan alam sekitar di daerah itu.

Disamping itu, Yeo turut mengingatkan semua pihak termasuk peniaga restoran dan orang awam agar tidak membuang sampah di merata tempat.

“Pihak DBKK akan mengenakan kompaun kepada mereka yang didapati membuang sampah di merata tempat,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena program khidmat Masyarakat antara DBKK dan Jesselton College di hadapan Bank Standard Chartered, disini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berkata program Anak Angkat itu bertujuan untuk meningkatkan imej Dan identiti Bandaraya Kota Kinabalu sebagai sebuah Bandaraya yang bersih, hijau dan selesa untuk didiami.

“Ini merupakan satu program dimana DBKK mempelawa pihak yang berminat untuk bekerjasama dengan DBKK dalam aspek penjagaan kebersihan kawasan Bandaraya ini.

“Tumpuan akan diberikan kepada kebersihan di kawasan sekitar Bandaraya ini termasuklah kawasan kedai, jalan- jalan utama, persimpangan jalan, taman- taman awam dan sebagainya,”katanya.

Sebanyak 400 orang termasuklah pelajar Jesselton College, anggota DBKK, Persatuan Penjaja Bumiputera Pantai Barat Sabah, Maybank, Hotel Horizon, Hotel Kinabalu Daya, Hotel Lucky 11, Hotel Pantai Inn dan Sugarbun.

Disamping itu, satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara pihak DBKK dan Jesselton College turut diadakan bagi memastikan kawasan jagaan mereka itu sentiasa bersih dari sampah sarap. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan