Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,668

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Komitmen, komunikasi dua hala jadi tulang belakang kejayaan

8:26pm 17/11/2015 Ann Vivien 16 views Pendidikan,Tempatan
Datuk Pang Nyuk Ming

Datuk Pang Nyuk Ming

TAWAU: Wakil Rakyat N.58 Merotai Datuk Pang Yuk Ming menyifatkan kejayaan cemerlang tiga buah sekolah di kawasannya dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 adalah hasil komitmen, komunikasi dua hala dan kerjasama erat di antara pejabat DUN beliau dan pengurusan sekolah.

“Kommitmen, komunikasi dua hala dan kerjasama erat di antara Pejabat DUN Merotai dengan pengurusan sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan ibu bapa menjadi tulang belakang kepada kejayaan sekolah-sekolah ini,” katanya.

Menurutnya, setiap tahun sejak 2008 pihaknya melaburkan sebanyak 20 hingga 30 peratus  atau RM320, 000 peruntukkan yang disalurkan kepada sekolah di kawasannya untuk menambah-baik keadaan dan peralatan sekolah agar suasana pembelajaran anak-anak lebih kondusif.

Pelaburan tersebut, katanya, adalah atas matlamat utama pejabat DUN Merotai di dalam aspek pendidikan kerana beliau percaya hanya melalui pendidikan sahaja yang mampu mengubah nasib dan landskap sesebuah kawasan dengan jayanya.

Untuk rekod, SK Bombalai muncul sekolah terbaik di Sabah dalam UPSR 2015, SK Pasir Putih di kedudukan ketiga dengan rekod baru apabila mencatat 47 muridnya memperoleh 5A dalam semua mata pelajaran dan SK Bahagia di kedudukan kelima dalam senarai 10 sekolah terbaik di negeri ini.-Alanna Adam/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan