Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,711

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Komen M.Nasir Kurang Ajar, Bienda Tuntut Mohon Maaf

1:41pm 11/11/2015 Pak Roshan 878 views Hiburan,Mutakhir

bienda

TERASA ibunya telah diaibkan, penyanyi Bienda yang juga anak kepada Sheeda menuntut supaya juri program realiti Gegar Vaganza 2 iaitu Datuk M.Nasir dan Datuk AC Mizal memohon maaf secara terbuka kepada ibunya.

Ini berikutan, Bienda atau sebenarnya Nor Razlinda Razli, 30 berpendapat komen yang diberikan oleh juri pada konsert malam Ahad lalu itu telah menjatuhkan maruah ibu dan keluarga mereka.

“Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.

“Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian.

“Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.

“Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta,” katanya kepada mStar Online.

Dalam konsert minggu empat yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu, Sheeda mendendangkan lagu Tiada Lagi bersama penyanyi Aweera.
image (1)

Antara komen M Nasir kepada Sheeada ialah “putera mencari princess tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak princess” . Dialog itu dikatakan seolah-olah memperlekehkan usia Sheeda yang mahu berlakon sebagai puteri raja.

Komen itu mengundang ketawa orang ramai dan kemudian turut disambut oleh AC Mizal dengan berkata; “Aku dah agak dah… aku dah agak dah..”.

Sumber: mStar Online

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan