Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KOMEN HINA ISLAM MELALUI FACEBOOK, PENYELIA DIPENJARA SETAHUN

penyelia3

KUALA LUMPUR: “Hukuman ini bukan saja sebagai pengajaran terhadap tertuduh, tetapi

peringatan kepada orang ramai. Orang ramai diingatkan supaya tidak menyiarkan kata-
kata bersifat jelik yang boleh menimbulkan kemarahan orang lain sehingga membawa

kepada runtuhnya keharmonian dalam kalangan masyarakat ini,” kata Hakim Azman

Mustapha, sebelum menjatuhkan hukuman penjara setahun ke atas penyelia tapak

pembinaan di Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Tertuduh, Chow Mun Fai, 37, dijatuhi hukuman penjara setahun selepas mengaku

bersalah atas tuduhan menggunakan aplikasi Facebook untuk menghantar komen

dengan niat menyakitkan hati umat Islam mengenai sambutan Aidilfitri, Jun lalu.

Terdahulu, sebaik mendengar pertuduhan dikemukakan terhadapnya oleh Timbalan

Pendakwa Raya, Suhaimi Ibrahim, Mun Fai yang hadir ke mahkamah, berbaju kemeja­T

merah jambu dan seluar biru, dilihat menangis teresak­esak.

Berdasarkan kertas pertuduhan, dia dituduh menggunakan aplikasi Facebook dan

menghantar komen yang jelik termasuk ‘Selamat menyambut hari syaitan Aidilfitri pada

28 Julai 2014’.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Kuala Lumpur Performing Art Centre (KLPAC),

Sentul Park, di sini, jam 10.30 pagi, pada 12 Jun lalu.

Mun Fai didakwa mengikut Seksyen 233 (1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998

(Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama, yang

memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua­duanya.

Terdahulu, peguam Ahmad Ridza Mohd Noh yang mewakili Mun Fai, memohon supaya

hukuman yang dikenakan terhadap anak guamnya dikurangkan dengan alasan tertuduh

perlu menjaga kedua­dua orang tuanya yang sudah uzur.

Ahmad Ridza, turut memberitahu mahkamah bahawa anak guamnya sudah insaf dan

ingin memohon maaf terhadap perbuatannya.

Rayuan itu dibantah oleh Suhaimi yang memohon hukuman maksimum dan berbentuk

pengajaran dikenakan terhadap tertuduh bagi memberi isyarat jelas kepada pengguna

media sosial.

Tertuduh kemudian dibawa ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman berkenaan.

Komen


Berita Berkaitan