Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Komen Bung Moktar mengenai Piala Dunia tidak boleh diterima – Najib

bungmoktar

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, komen dibuat anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin tentang perlawanan separuh akhir Piala Dunia Jerman-Brazil “tidak boleh diterima dan salah” dan MP Sabah itu “akan menarik balik” komen itu.

“Beliau tidak bercakap bagi pihak Malaysia, atau bagi pihak rakyat Malaysia, yang memahami kisah tragik di Eropah pada masa lalu, dan menghormati perpaduan modennya,” kata Najib dalam Twitter beliau hari ini.

Perdana Menteri berkata, ini merupakan masa untuk pasukan Jerman meraikan kejayaannya dan Malaysia mengucapkan selamat berjaya dalam perlawanan akhir.

Pada Rabu, selepas Jerman menumpaskan Brazil 7-1 dalam perlawanan separuh akhir Piala Dunia, Bung Moktar dalam catatan Twitter beliau telah menulis: “WELL DONE..BRAVO…LONG LIVE HITLER.”

Komen beliau itu yang tersebar mendapat kritikan daripada kalangan pengguna internet.

Namun, Bung Moktar kemudiannya memohon maaf kepada rakyat Malaysia mengenai kenyataan beliau tempoh hari di akaun Twitternya.

Komen


Berita Berkaitan