Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,652

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Komander ESSCOM puas hati kerjasama pengusaha bot pasang peralatan komunikasi dan AIS

10:19am 27/10/2016 Pak Roshan 80 views Lahad Datu,Mutakhir,Tempatan

22 sandakan nelayan

LAHAD DATU: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), DCP Dato’ Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid berpuas hati dengan kerjasama semua pengusaha bot Tunda dan Nelayan dalam melengkapkan bot mereka dengan peralatan komunikasi seperti radio, talian telefon, dan Sistem Pengesanan Automatik (AIS).

Ketika menyatakan perkara tersebut di sini, semalam, jelasnya kerjasama itu menunjukkan mereka memahami peranan dan tanggungjawab menjaga keselamatan tidak hanya terletak dibahu pasukan keselamatan semata-mata malah perlu mendapat kerjasama dan sokongan sepenuhnya daripada semua pengusaha bot dan nelayan itu sendiri termasuk melengkapkan bot dan kapal mereka dengan peralatan AIS.

“Saya melihat kerjasama dan sokongan daripada semua pengusaha bot tunda dan nelayan dalam pemasangan AIS menunjukkan tanda positif.

“Ini menunjukkan mereka sudah memahami keperluan dan kepentingan AIS terhadap keselamatan mereka kerana ESSCOM dan agensi keselamatan yang lain dapat memantau pergerakan dan keselamatan bot mereka semasa berada di laut.

“Pasukan keselamatan akan dapat berhubung dan berkomunikasi dengan semua krew- krew bot terutamanya ketika mereka berada di lokasi yang berisiko dan memerlukan pemantau berkala daripada pasukan keselamatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau mengesa kepada pengusaha bot nelayan yang masih belum memasang AIS agar segera berbuat demikian demi kebaikan dan keselamatan mereka ketika menangkap ikan di laut.

“Saya menasihatkan kepada Pertubuhan Nelayan Kawasan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) supaya dapat memainkan peranan termasuk mengambil inisiatif untuk membantu golongan nelayan bagi mendapatkan AIS.

“Banyak manfaat sekiranya mereka (pengusaha bot) memasang sistem AIS kerana Search and Rescue (SAR) akan dapat dilakukan dengan cepat sekiranya berlaku sesuatu kecemasan termasuk bencana atau kemalangan yang melibatkan krew-krew bot semasa berada di laut seperti bot karam, kerosakan enjin dan sebagainya yang memerlukan bantuan dan pertolongan daripada pasukan keselamatan,” jelasnya.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan, beberapa pengusaha bot tunda menyatakan penghargaan di atas usaha dan inisiatifESSCOM dan semua pasukan keselamatan yang dapat memantau dan memastikan keselamatan bot mereka sampai ke dstinasi dengan selamat.

Pengurus Syarikat Pengangkutan kekal Sdn. Bhd Mr. Leonad Mok Yuan Ming amat berpuashati dengan usaha dan pendekatan yang diambil oleh ESSCOM dengan melakukan pemantauan dan menghubungi krew bot kami secara berkala terutamanya ketika berada di persempadanan perairan negara jiran yang terdedah dengan ancaman lanun dan penculikan.

“Pusat Operasi (PUSOP) ESSCOM telah melakukan yang terbaik bagi memastikan keselamatan pelayaran bot kami dengan melakukan pemantau melalui perhubungan radio dan AIS,” katanya lagi. – NewSabahTimes

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan