Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Komander Esscom kecewa pemilik kapal tidak patuhi arahan pemasangan iVMS

KOTA KINABALU: Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom), Datuk Hazani Ghazali kecewa apabila masih ada kapal-kapal nelayan yang tidak dilengkapi dengan peralatan Sistem Pengenalan Automatik (AIS) atau iVMS.

Menurut Hazani, pihak Esscom telah berulang kali memberikan peringatan tentang kepentingan pemasangan peralatan pengesanan itu, malangnya masih terdapat pengusaha kapal atau bot nelayan gagal mematuhi arahan tersebut.

“Pemasangan alat ini adalah pendekatan strategik yang boleh membantu pihak keselamatan membuat pemantauan senarang aktiviti-aktiviti perkapalan di perairan kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

DCP Datuk Hazani Ghazali, Komander ESScom. Gambar Fail SNT

“Ini kerana amalan kru kapal apabila berdepan situasi jenayah di laut adalah menghubungi majikan mereka terlebih dahulu sebelum majikan memaklumkan kepada pihak keselamatan. Ini menyebabkan pasukan keselamatan tidak dapat mengambil tindakan segera dan memberi ruang kepada penjenayah melarikan diri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam kejadian penculikan terbaharu di Pantai Timur Sabah semalam, dua nelayan warga Indonesia diculik sekumpulan lelaki berpakai gelap dan bertopeng dengan bersenjata semasa menangkap ikan di perairan Pulau Gaya, Semporna.

Kejadian itu dipercayai didalangi oleh kumpulan yang aktif dalam aktiviti menculik untuk mendapatkan wang tebusan (KFR) dari selatan Filipina.

Selain itu, Hazani berkata lagi, pihak Esscom juga menekankan kepada semua pengusaha kapal dan bot nelayan yang beroperasi di perairan Esszone agar menyimpan talian kecemasan mereka di pusat operasi Esscom di kapal masing-masing bagi memudahkan mana-mana kru kapal menghubungi Esscom apabila berlaku kecemasan.

Tambah beliau lagi, semua pengusaha kapal juga dikehendali agar memaklumkan kedudukan semasa kapal yang beroperasi kepada pusat operasi Esscom semasa mereka berada di kawasan penangapan ikan di perairan Esszone.

Katanya, pihak Esscom mengharapkan kerjasama daripada semua pemilik kapal agar memandang seirus saranan itu bagi membantu pasukan kesleamatan memantau, berhubung dan berkomunikasi dengan kru kapal dari masa ke semasa apabila berada di perairan Esszone. – SabahNewsToday

Komen


Berita Berkaitan