Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Komander baru untuk Bridge PGA Sabah

Kamarul (kiri) menyerahkan tongkat komander kepada Zainudin sebagai tanda penyerahan tugas ketua PGA Sabah sambil disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Ketenteraman Awam Datuk Muhamad Fuad Abu Karim. - foto Sayangsabah
SERAH TUGAS… Kamarul (kiri) menyerahkan tongkat komander kepada Zainudin sebagai tanda penyerahan tugas ketua PGA Sabah sambil disaksikan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Ketenteraman Awam Datuk Muhamad Fuad Abu Karim. – foto Sayangsabah

KOTA KINABALU – Bridge Pasukan Gerak Am (PGA) Sabah hari ini menerima komander baru apabila Senior Asisten Komisioner Kamarul Bahrin Muhamad bersara selepas 38 tahun berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara.

Beliau kemudian digantikan oleh Senior Asisten Komisioner Zainudin Samsu Hadi dalam satu upacara majlis serah terima tugas yang berlangsung di Dataran Kawad Bridge, Ibupejabat PGA Sabah, Kinarut dekat sini pagi tadi.

Kamarul dalam ucapannya berkata, beliau percaya bahawa penggantinya itu mampu menggalas tugas dan tanggungjawab mengetuai Bridge PGA di negeri ini menuju ke arah lebih cemerlang.

“Saya mahu semua anggota memberikan kerjasama penuh kepada Komander baru dan jangan ada hasad dengki dalam diri kita semua,” katanya sambil menambah, setiap anggota perlu belajar untuk memajukan diri masing-masing ke arah kecemerlangan.

Sementara itu, Zainuddn mengakui memegang jawatan sebagai komander merupakan satu cabaran dan amanah yang sangat besar untuk dipikul.

“Namun, berkat sokongan dan kerjasama daripada semua anggota saya percaya kita mampu meningkatkan lagi mutu perkhidmatan PGA,” katanya sambil menegaskan aspek integriti perlu ada pada diri setiap anggota.

Majlis serah terima jawatan itu disaksikan oleh Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri, Ketenteraman Awam Datuk Muhamad Fuad Abu Karim.

oleh Nuzir Andi Samsiar / sayangsabah

Kamarul bersalam dengan para anggota PGA. - foto Sayangsabah
SALAM PERPISAHAN… Kamarul bersalam dengan para anggota PGA. – foto Sayangsabah

Komen


Berita Berkaitan