Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman bakal dibina di Sabah

7:08pm 09/02/2016 Leolerry Lajius 150 views Politik,Tempatan
Tun Juhar bersama pemimpin MCA dan para pemimpin yang lain bersama-sama menggaul 'Yee Sang'.

Tun Juhar bersama pemimpin MCA dan para pemimpin yang lain bersama-sama menggaul ‘Yee Sang’.

KOTA KINABALU: Majlis pecah tanah bagi tujuan pembinaan  Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR) bakal dirasmikan pada bulan april akan datang.

Menurut Timbalan Presiden MCA  Datuk Dr Wee Ka Siong, majlis pecah tanah itu akan dirasmikan oleh Ketua Menteri Sabah dan Presiden MCA.

“Kita berharap agar dengan siapnya kolej tersebut ia akan dapat memberikan manfaat kepada masyarakat di Sabah agar tidak perlu lagi untuk ke semenanjung bagi mengikuti pengajian di kolej tersebut,” katanya ketika sidang media sempena majlis rumah terbuka MCA sempena Tahun Baru Cina yang diadakan di Dewan Serbaguna Sekolah Tinggi Kota Kinabalu pagi tadi.

Tambah beliau, pihak MCA negeri akan terus mendampingi rakyat dengan mengadakan beberapa aktiviti danpembinaan kolej tersebut merupakan salah satu daripada aktiviti tersebut.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Datuk Seri Panglima Dr. Haji Juhar Haji Mahiruddin berkenan hadir memeriahkan sambutan Majlis tersebut.

Ketibaan Tun Juhar dan isteri, Toh Puan Datuk Seri Panglima Hajah Norlidah R.M Jasni disambut oleh Pengerusi Persatuan Cina Malaysia (MCA), Datuk Seri Liow Tiong Lai berserta Timbalannya, Datuk Dr Wee Ka Siong dan para pemimpin MCA yang lain.

Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman serta para menteri kabinet persekutuan dan negeri.

Majlis itu juga diserikan dengan tarian singa, persembahan hiburan dan hidangan juadah tahun baru cina dengan kehadiran lebih dari 1000 orang pengunjung.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan