Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,755

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kolej Teknikal Yayasan Sabah bakal menawarkan program ijazah pada tahun ini

10:52pm 20/02/2016 Leolerry Lajius 691 views Pendidikan,Tempatan
 Dr. Hajah Tarsiah menyampaikan taklimat ringkas ketika program tersebut.

Dr. Hajah Tarsiah menyampaikan taklimat ringkas ketika program tersebut.

KOTA KINABALU: Kolej Teknikal Yayasan Sabah (KTYS) bakal menawarkan program lulusan ijazah pada tahun ini sebagai salah satu langkah penjenamaan semula KTYS ke arah pengiktirafan kolej tersebut sebagai Kolej Universiti pada tahun 2018.

Menurut Ketua Eksekutif KTYS Datin Dr. Hajah Tarsiah TZ Taman, pihak kolej tersebut turut bekerjasama dengan Universiti Malaysia Pahang (UMP) bagi tujuan tersebut yang turut membuka peluang kepada pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke Jerman.

“Pelajar yang layak berdasarkan kriteria tertentu akan berpeluang untuk meneruskan pengajian ke Jerman namun perlu mengikuti sesi pembelajaran selama dua tahun di UMP sebelum mengikuti pengajian selama setahun ke Jerman,”katanya ketika ditemui media sempena hari terbuka Kolej tersebut di Kampus Bandaraya Sembulan petang tadi.

Menurut beliau lagi, KTYS bukan khusus untuk bumiputera sahaja tetapi ia adalah terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin melanjutkan pelajaran di kolej tersebut.

“Kolej ini bukan khusus untuk kaum bumiputera sahaja tetapi ia turut terbuka kepada sesiapa sahaja dan untuk mendapatkan tajaan pelajar haruslah memastikan keputusan sentiasa cemerlang,”katanya.

Mengulas mengenai program tersebut, beliau berkata bahawa penganjuran program tersebut merupakan salah satu platform untuk memberikan penjelasan dan menarik minat masyarakat mengenai kursus yang ditawarkan di kolej tersebut.
“Program yang pertama kali dianjurkan pada hari ini sempena penjenamaan semula KTYS mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai  bagi kedua-dua sesi ceramah yang diadakan iaitu pada waktu pagi dan petang,”katanya. -Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Pengunjung mendengar penerangan daripada staff KTYS ketika program tersebut.

Pengunjung mendengar penerangan daripada staff KTYS ketika program tersebut.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan