Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kolej SIDMA tubuh pusat penyelidikan BRC

Dr. Mohammed Halib berjabat tangan dengan (dua kanan) , Dr. Morni dalam majlis menantangani kerjasam antara kedua pihak.
Dr. Mohammed Halib berjabat tangan dengan (dua kanan) , Dr. Morni dalam majlis menantangani kerjasam antara kedua pihak.

KOTA KINABALU – Koleh SIDMA telah menubuhkan sebuah unit di bawah Jabatan Pembangunan Perniagaan yang dinamakan Borneo Research Centre (BRC) pada tahun ini bagi melahirkan penyelidik generasi muda.

BRC akan diterajui oleh Dr. Mohammed Halib merupakan bekas Pensyarah di Universiti Teknologi Petronas (UTP) kini merupakan seorang penyelidik dan juga perunding bagi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Beliau mempunyai pengetahuan dan pengalaman selama 30 tahun dalam bidang penyelidikan terutamanya dalam bidang pembangunan komuniti luar bandar.

Pengerusi Kolej SIDMA, Prof. Dr Morni Kombri berkata, pihaknya juga mempelawa para penyelidik sedia ada di Sabah untuk bergabung ideologi sebagai teras penyelidikan khususnya untuk kawasan sekitar Borneo.

“BRC juga dijadikan sebagai platform untuk memperkayakan ilmu pengetahuan dan juga pengalaman dalam pelbagai bidang penyelidikan. Kewujudan BRC juga akan membuka ruang ataupun platform bagi kakitangan kolej ini untuk mendalami kajian mereka,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut brliau, hasil usahasama pusat penyelidikan ini juga akan membantu kerajaan negeri untuk memperluaskan bidang penyelidikan demi pembangunan dan pelaksanaan lebih efektif. – SayangSabah

 

Komen


Berita Berkaitan