Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kolej SIDMA rangka strategi atasi masalah PTPTN

KOTA KINABALU – Bagi memantapkan program pendidikannya, Kolej SIDMA bakal mengubah polisi dan memperkenalkan strategi baharu yang dijangka mampu memberi impak kepada kolej berkenaan.

Pengerusinya, Prof. Dr. Morni Kombri berkata, langkah tersebut perlu bagi memastikan kolej itu untuk terus kekal dalam industri pendidikan dan akan mengambil tindakan segera untuk melaksanakannya.

“Beberapa perubahan polisi yang akan memberi impak kepada sektor pendidikan khasnya berkenaan pengurangan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), namun kami akan mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah itu,” katanya ketika ditemui dalam majlis perjumpaan bulanan kakitangan dan sambutan Tahun Baharu Cina Kolej SIDMA , di sini hari ini.

Dr. Morni berkata, beberapa program baharu yang bakal diperkenalkan itu pada tahun ini dilaksana dengan kerjasama Universiti Tun Abdul Razak (UniTAR) dan beberapa badan korporat yang lain.

Dalam perkembangan lain, Kolej SIDMA turut memberi tumpuan kepada pengambilan pelajar baharu bagi kemasukan semester Februari 2015 bagi program Diploma Pengurusan, Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hospitaliti, Pengurusan Pentadbiran Perniagaan. Pendaftaran akan dibuka sehingga 22 March ini. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan