Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kolej Sidma pelawa Tawfiq sertai larian amal

 

Tawfiq menerima baju tshirt untuk larian amal UNITAR-SIDMA Charity Fun Run 2016 daripada Dr. Morni.

Tawfiq menerima baju tshirt untuk larian amal UNITAR-SIDMA Charity Fun Run 2016 daripada Dr. Morni.

KOTA KINABALU: Kolej Sidma Sabah telah mengadakan kunjungan kehormat kepada Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan kelmarin di pejabat beliau, Wisma Muis.

Kunjungan itu disertai oleh Pengerusi Kolej Sidma, Dr Mornie Kambri dan Ketua Pegawai Ekekutif, Azizah Khalid Merican. Serta Ketua Penolong Setiausaha Kementerian, Matjaidin Mohd Yassin.

Dalam pertemuan itu, Dr Morni memberitahu satu larian amal julung kali akan dianjurkan Sidma College dan Unitar International University dalam satu kolaborasi melalui Unitar-Sidma Charity Fun Run.

Larian tersebut yang akan berlangsung pada 13 Februari depan di Kompleks Sukan Likas bertujuan untuk mengumpul dana bagi Pertubuhan Anak Yatim Al-Mughni Penampang serta Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam).

Antara penaja UNITAR-SIDMA Charity Fun Run 2016, ialah 100 Plus sebagai minuman rasmi, Radio Era sebagai radio rasmi, My FM dan HITZ FM sebagai radio penyokong, Event House (Syahrizal Rico) sebagai pembekal rasmi kanopi dan pentas utama.

Pendaftaran boleh dibuat secara ‘online’ dan memuat turun borang di www.unitarsidmarun.com atau melalui pautan Facebook ‘unitarsidmacharityfunrun’.-Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan