Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,799

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kolej SIDMA dan DBKK jalin kerjasama dalam aspek penjagaan kebersihan kawasan bandaraya

4:29pm 12/03/2016 Leolerry Lajius 46 views Tempatan
Yeo (Kiri) dan Morni (kanan) menunjukkan memorandum persefahaman yang dimeterai antara kedua pihak.

Yeo (Kiri) dan Morni (kanan) menunjukkan memorandum persefahaman yang dimeterai antara kedua pihak.

KOTA KINABALU:  Kolej SIDMA dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) buat julung kalinya telah berkolaborasi dalam menganjurkan program Khidmat Masyarakat yang bertemakan  ‘Giving Back To The City’.

Program tersebut merupakan satu usaha untuk membersih dan mencantikkan bandar di samping memupuk nilai cintakan alam sekitar dalam kalangan masyarakat.

Menurut Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai, program ini juga adalah untuk mempelawa pihak yang berminat untuk bekerjasama dengan pihak DBKK dalam aspek penjagaan kebersihan kawasan bandaraya Kota Kinabalu yang akan dijadikan sebagai anak angkat.

“Di bawah program anak angkat ini, tumpuan akan diberikan di kawasan bandaraya dan sasaran utamanya adalah untuk meningkatkan imej dan indentiti bandaraya ini sebagai sebuah bandaraya yang bersih, hijau dan selesa untuk didiami,”katanya sempena program tersebut yang diadakan di dataran bandaraya, di sini, pagi tadi.

Seramai 300 orang peserta yang terlibat dalam program tersebut yang mana 200 orang daripada jumlah itu adalah peserta dari Kolej SIDMA yang turut disertai oleh Mayor dan Pengerusi Kolej SIDMA Prof. Dr. Morni Kambrie.

Selain aktiviti pembersihan, turut berlangsung adalah sesi penyerahan dokumen persetujuan persefahaman diantara DBKK dan Kolej SIDMA yang merupakan anak angkat pertama tahun ini bagi program tersebut.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Antara peserta yang terlibat dalam program tersebut.

Antara peserta yang terlibat dalam program tersebut.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan