Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,768

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kolej Sidma anjur pertandingan menulis cerita pendek bahasa Kadazandusun

10:26pm 19/03/2016 Elezebeth Esther Onjining 100 views Tempatan
Kenangan.....Dr. Morni Kambri menyampaikan cenderahati kepada Jame Alip berupa potret Jame Alip semasa pertemuan itu kelmarin.

Kenangan…..Dr. Morni Kambri menyampaikan cenderahati kepada Jame Alip berupa potret Jame Alip semasa pertemuan itu kelmarin.

KOTA KINABALU- Kolej Sidma Sabah julung kalinya akan menganjurkan Pertandingan Menulis Cerita-cerita Pendek Kadazan Dusun sepanjang bulan April hingga bulan Mei.

Menurut Pengerusi Kolej Sidma Sabah, Prof Dr. Morni Kambri berkata pertandingan itu bertujuan bagi mengalakkan minat pelajar sekolah terhadap Bahasa Ibunda mereka iaitu Bahasa Kadazan Dusun.

Beliau berkata, pertandingan ini terbuka kepada pelajar-pelajar sekolah menengah dari Tingkatan 3, 4, 5, 6 Rendah dan 6 Atas yang fasih bertutur dan menulis dalam bahasa Kadazan Dusun.

“Pertandingan akan diadakan antara sekolah-sekolah menengah akan melibatkan 86 buah sekolah-sekolah menengah daripada Bongawan, Inanam, Keningau, Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Penampang, Pitas, Ranau, Tambunan, Tanjong Aru, Telupid dan Tuaran, ujarnya.

Tambah Dr. Morni, terdapat ramai belia kurang mempratikkan bahasa ibunda mereka dan lebih mengagungkan bahasa asing.

“Adakala mereka lebih suka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris daripada berkomunikasi bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Kadazan Dusun. Kolej Sidma Sabah terpanggil untuk menganjurkan pertandingan ini selepas penubuhan Kelab Bahasa Kadazan Dusun Kolej Sidma Kota Kinabalu.

“Kolej Sidma juga sudah mendapat kelulusan daripada Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 19 November 2014. Kajian mendapati ramai generasi muda tidak menggunakan dan mengenal bahasa ibunda Kadazan Dusun yang semakin tidak dipraktikkan lagi dalam kalangan generasi muda kini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa mengadakan kunjungan terhadap Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip di pejabat beliau kelmarin.

Turut hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Sidma, Azizah Khalid Merican, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Sidma College, Melissa Marcus Melijol, Nur Atiqah Ngatimin, Penolong Setiausaha, Penolong Pengarah Unit Pembangunan, Farid Osman dan Penolong Pengarah Unit Pengurusan Akademik, Sitiamah Sahat.

Melalui pertandingan ini akan mengukuhkan perpaduan dan pemantapan Bahasa Kadazan Dusun sebagai bahasa ibunda yang mencerminkan identiti kaum itu sendiri.

Dalam perjumpaan itu, Pengrah Jabatan Pendidikan Sabah, Datuk Jame Alip mengalu-alukan penganjuran pertandingan tersebut.

Katanya, program tersebut sememangnya wajar kerana Bahasa Kadazandusun ini merupakan satu daripada logat bahawa etnik yang utama dalam negeri Sabah.

“Saya juga merasa bangga melihat komitmen yang ditunjukkan oleh Kolej Sidma Sabah yang telah memainkan peranan utama dalam mempromosi, menggalakkan penggunaan bahasa ibunda Kadazan Dusun melalui pertandingan cerita-cerita pendek mengenai budaya dan sastera.

“Jabatan Pendidikan Sabah menyokong usaha untuk memartabatkan bahasa ibunda iaitu Kadazan Dusun dari kalangan para pelajar sekolah,” ujar Jame Alip.

Tegas beliau, jika generasi muda kini yang dikatakan semakin maju dalam teknologi komputer tetapi jika mereka alpa, kehilangan sesuatu yang besar dalam bangsa mereka mungkin akan terjadi terutamanya dari segi bahasa. -SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan