Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,695

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kolej Sidma anjur ‘Dining in the dark’ 30 April ini

5:02pm 23/04/2016 Elezebeth Esther Onjining 28 views Tempatan
Azizah

Azizah

KOTA KINABALU- Kolej Sidma bakal menganjurkan program ‘Dining in the Dark’ di Padang Merdeka pada 30 April ini. Program tersebut akan dirasmikan oleh Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeoh Boon Hai.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Sidma Sabah, Azizah Khalid Merican, program itu banyak diadakan di Negara-negara luar.

Menurut beliau, program tersebut diadakan sempena dengan Program Karnival Kesihatan.

Katanya, ‘Dining In The Dark’ ini akan bertemakan Kebudayaan Ethnik dimana, pelbagai menu dari pelbagai ethnik akan dihidangkan pada masa itu. Kupon makanan akan di jual dan boleh di beli dengan harga serendah RM20, RM35 dan juga RM50. Hasil daripada jualan kupon-kupon tersebut akan disumbangkan kepada Persatuan Orang Buta Sabah.

‘Menu terdiri daripada Nusantara (Malaysia, Indonesia, Brunei); Oriental (Jepun, China, Vietmam); Timur tengah, Western dan International Cuisine. Setiap kupon yang dijual berharga RM5.00 untuk satu menu.

“Pada malam itu juga, dengan kerjasama pihak DBKK, bekalan elektrik di sekitar kawasan Padang Merdeka akan dipadamkan bermula pada jam 7 sehingga 8 malam, para pengunjung yang datang akan sama-sama menyertai Earth Hour di Padang Merdeka selama satu jam.

Jelas Azizah semasa lampu dipadamkan, para peserta akan dihiburkan dengan persembahan seperti, muzik buluh, kulintangan, tarian lilin dan banyak lagi. Turut diadakan Jom Sertai Pertandingan Menari ‘Battle of Dance 2016’ sempena ‘Karnival Kesihatan 2016 Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu,” tambah beliau.

Program ini dijangka akan disertai lebih kurang 500 orang sekitar Kota Kinabalu dan akan turut disertai oleh pelancong dari dalam dan jugaluar Negara.

Beliau berkata program ini bukan sahaja dapat menghidupkan lagi suasana bandaraya Kota Kinabalu tetapi ianya juga dapat membantu menarik pelancong untuk lebih mengenali budaya dan makanan etnik dari Sabah.

Program Karnival Kesihatan ini turut menganjurkan Program Run And Ride, Treasure Hunt dan ceramah-ceramah kesihatan secara percuma untuk orang ramai dan pendedahan awal berkenaan penjagaan kesihatan dan pemakanan yang sihat, akan diadakan turut sepanjang program ini di jalankan.

Untuk pembelian Kupon, orang ramai bolehlah menghubungi SIDMA kolej di talian 088-732020 atau terus ke Kolej di Jalan Bundusan atau setiap Hari Ahad di Pasar raya Jalan Gaya ataupun pada hari program tersebut dijalankan iaitu pada 30 April, tahun ini.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan