Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,662

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kolej Komuniti Tawau muncul johan pertandingan Street Stompers

8:24pm 06/12/2015 Ann Vivien 61 views Pendidikan,Tempatan
KUMPULAN STREET STOMPERS dari Kolej Komuniti Tawau yang muncul johan dalam pertandingan tersebut

Kumpulan Street Stompers dari Kolej Komuniti Tawau yang muncul johan dalam pertandingan tersebut

TAWAU: Kolej Komuniti (KK) Tawau muncul johan dalam pertandingan Street Stompers sempena Fiesta CC Street Stompers Battle and CC Incubator Challenge (CCIC) Negeri Sabah 2015, sekaligus mengalahkan tujuh lagi KK lain yang menyertainya.

Naib johan pula dimenangi KK Lahad Datu dan tempat ketiga dimenangi KK Beaufort di dalam pertandingan Stompers yang merupakan persembahan muzik yang dialunkan dengan menggunakan alat-alat terbuang atau kitar semula – KK Tawau akan mewakili Sabah ke pertandingan peringkat kebangsaan.

Manakala, bagi CCIC, pemenang keseluruhan dimenangi Winonsoi Enterprise (KK Tambunan) selepas muncul johan bagi dua kategori iaitu tapak niaga terbaik dan Business Pitching terbaik.

CCIC adalah penanda aras Pusat Usahawan KK (PUSKOM) bertujuan untuk melatih peserta menjalankan perniagaan berdasarkan inkubator yang ditubuhkan di KK masing-masing.

Hadiah para pemenang disampaikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Penasihat KK Tawau, Dato’ Jimmy Pang Kia Lock, mewakili Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Mary Yap Kain Ching untuk merasmikan fiesta yang berlangsung selama dua hari itu.-Oleh Alanna Adam/Sayangsabah

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan