Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kolej Komuniti seluruh negara terima RM 154.25 juta dari tahun 2011- 2017

MARY (dua kiri) menyampaikan mok cek Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti berjumlah RM1,200 kepada salah seorang pelajar Kolej Komuniti Penampang.

PENAMPANG: Kerajaan melalui Kementerian Pengajian Tinggi memberi sejumlah RM 154.25 juta Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) kepada 54,479 pelajar Kolej Komuniti di seluruh negara dari tahun 2011 hingga 2017.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr. Mary Yap Kain Ching berkata BKPKK meringankan beban perbelanjaan para pelajar khususnya mereka yang datang dari keluarga kurang berkemampuan.

“Bantuan ini merupakan bayaran yang diberikan kepada pelajar program sijil di Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Tinggi.

“Kadar elaun yang diberikan ialah RM 300 sebulan dan dibayar mengikut program dan tempoh pengajian dan tertakluk kepada syarat- syarat tertentu termasuklah pelajar tersebut perlu mencapai keputusan 3.50 ke atas dan datang dari keluarga yang kurang berkemampuan,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis penyerahan BKPKK Kolej Komuniti Penampang, dekat sini, hari ini.

Dalam majlis sama, seramai 48 orang pelajar Kolej Komuniti Penampang yang terdiri daripada pelajar semester satu dan semester dua Sijil Teknologi Senibina dan Sijil Pengoperasian Perniagaan menerima bantuan BKPKK berkenaan.

Pada hari ini juga, setiap penerima BKPKK  masing- masing menerima sejumlah RM 1,200.

Justeru itu, Dr. Mary menyeru agar para pelajar memanfaatkan bantuan yang diberikan dengan sebaiknya.

“Para pelajar perlu menggunakan bantuan ini dengan berhemah dan jadikan ia sebagai motivasi untuk belajar bersungguh- sungguh,”katanya.

Hadir sama, Pengarah Kolej Komuniti Penampang, Mejar Bersekutu (PA) Samat Soion@ Saiun, Ahli Lembaga Penasihat Kolej Komuniti Penampang, Datuk John Maluda. Oleh Elezebeth Esther/SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan