Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,637

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Kolej Komuniti Kota Marudu adakan sesi orentasi kepada 14 orang pelajar baru

4:23pm 09/03/2016 Leolerry Lajius 218 views Pendidikan,Tempatan
Robert memberikan taklimat kepada pelajar ketika program tersebut.

Robert memberikan taklimat kepada pelajar ketika program tersebut.

KOTA MARUDU: Kolej Komuniti Kota Marudu (KKMS) yang merupakan satu-satunya kolej di daerah ini mengadakan program orentasi bagi 14 orang pelajar baru yang diadakan selama dua hari (9 dan 10 Mac) di bangunan KKMS, di sini.

Pengarahnya, Robert @Kerk Swee Tian berkata, 10 orang pelajarnya adalah berasal dari daerah ini manakala empat yang lain berasal dari Kota Belud yang mengambil latihan dalam kursus Penyelenggaraan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara.

Robert turut menyatakan bahawa melalui hari orentasi ini, para pelajar akan dapat mengenali antara satu sama dengan yang lain.

“Sesi suai kenal juga telah diadakan antara pelajar dan kakitangan yang turut sama bermain dalam beberapa permainan yang diadakan.”

“Selepas itu, pelajar-pelajar baru juga telah dibawa melawat sekitar kampus untuk melihat kemudahan-kemudahan yang ada di sekitarnya,”katanya.

KKMS  dilacarkan pada Ogos tahun lepas oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Maximus Ongkili.

Semasa pelancaran itu, Maximus, yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu, berkata bahawa kolej komuniti adalah salah satu kemudahan yang dijanjikan oleh beliau dalam pilihan raya untuk meningkatkan infrastruktur pendidikan dan memberi peluang bagi penduduk sekitar untuk melanjutkan pelajaran.

“Penubuhan kolej ini adalah bagi memenuhi keperluan bagi para belia bukan sahaja di Kota Marudu tapi penduduk di sekitarnya untuk mengikuti latihan bagi kursus yang ditawarkan.”

“Secara tidak langsung, ia juga akan membantu dalam pembangunan masyarakat dan melonjakkan Kota Marudu untuk menjadi hab ekonomi uatara Sabah,”katanya.

KKMS yang menawarkan kursus Penyelenggaraan Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara akan mula menawarkan kursus dalam penyelenggaraan bangunan tidak lama lagi.

Ketika ini, sebanyak 41 orang  pelajar yang menjalani latihan di KKMS.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Para pelajar mendengar taklimat dari Robert.

Para pelajar mendengar taklimat yang disampaikan oleh Robert.

 

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan