Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

Kolam renang air kencing

Gambar Hiasan
Gambar Hiasan

Beijing: Pihak berkuasa kesihatan bandar raya ini mendapati separuh daripada kolam renang awam di sini mengandungi paras air kencing terlalu tinggi.

Dalam pemeriksaan yang dijalankan baru-baru ini, pihak berkuasa itu mendapati sebahagian kolam renang awam itu mempunyai kandungan urea – bahan kimia yang terdapat dalam air kencing – melebihi 3.5 miligram setiap liter air, melebihi had standard kebangsan.

Ada kolam renang yang tidak diselenggara dengan baik mengandungi 20 miligram bahan itu dalam setiap liter air.

Seorang pegawai berkata: “Tidak hairanlah ramai pengguna kolam renang mengadu mata mereka merah setiap kali berenang di situ. Ini kerana sebahagian besar pengguna kencing dalam kolam itu.”

Menurutnya, nitrogen dalam air kencing jika bercampur dengan klorin akan membentuk kloramin, punca yang menyebabkan mata merah.

Katanya, lebih banyak bau klorin di dalam kolam, lebih banyak air kencing di dalamnya. – Agensi/HMetro

Komen


Berita Berkaitan