Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

“Kokol Hill Challenge”, berlari sambil beramal

2:34pm 11/11/2015 Leolerry Lajius 38 views Kota Kinabalu,Mutakhir,Tempatan

KOTA KINABALU: Acara larian  “Kokol Hill Challenge” siri pertama sejauh 17 kilometer adalah  satu platform untuk mempromosikan Kokol sebagai destinasi pelancongan.

Penaung acara tersebut Mohd Joh berkata disamping itu acara itu juga memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menitikberatkan kesihatan.

Menurut beliau acara ini merupakan

Mohd.Joh bersama ahli jawatankuasa penganjur “Kokol Hill Challenge"-Gambar oleh Alex Mairin

Mohd.Joh bersama ahli jawatankuasa penganjur “Kokol Hill Challenge”-Gambar oleh Alex Mairin

kerana pihak penganjur juga akan memberikan sumbangan kepada Gereja St.Joseph dan Gereja Basel serta Sekolah Rendah Kokol yang terletak dalam laluan larian tersebut.

“Sasaran kami sebagai pihak penganjur adalah untuk mengadakan acara ini sebanyak tiga kali  berturut-turut setiap tahun. Tahun ini terdapat 500 penyertaan dengan yuran penyertaan sebanyak RM120 seorang. Kami harap penyertaan akan bertambah dimasa akan datang, “ katanya.

Program ini yang turut mendapat kerjasama dari penduduk tempatan di sekitar Kokol terbuka kepada empat kategori iaitu kategori lelaki dan wanita veteran iaitu peserta yang berumur 40 tahun ke atas dan kategori lelaki dan wanita terbuka iaitu peserta yang berumur 18 tahun ke atas. Lima orang pemenang setiap kategori akan mendapat hadiah berupa wang tunai.

Bagi masyarakat yang berminat untuk menyertai program ini, boleh berhubung kepada Susan Shahira melalui talian 0198812236 dan Auther J.Kimon melalui talian 0138860080 sebelum 16 november ini.– Oleh Leolerry Lajius/Sayangsabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan