Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,759

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KO Dakwah, Koperasi Islam pertama di Sabah

12:13pm 24/09/2016 Elezebeth Esther Onjining 277 views Hiburan,Kudat,Perniagaan,Tempatan
BANGUNAN lot kedai dimiliki oleh Ko Dakwah.

BANGUNAN lot kedai dimiliki oleh Ko Dakwah.

KUDAT : Koperasi Islam pertama di Sabah-Koperasi Badan Dakwah Kudat Berhad (Ko Dakwah) yang baru berusia 3 tahun telah berjaya memiliki aset bernilai jutaan ringgit hasil daripada perniagaannya.

Kejayaan yang signifikan  Ko Dakwah yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Kudat, Encik Sapdin Bin Ibrahim perlu menjadi “role modal” kepada persatuan Dakwah Islam yang lain di Sabah khususnya untuk berkecimpung dalam aktiviti perkoperasian.

Ko Dakwah yang keanggotaan asalnya terdiri daripada badan dakwah Islam di Kudat didaftarkan pada 13 April 2014 kini menjalankan aktiviti kedai runcit, sewaan jeti kapal dan sewaan premis perniagaan.

Koperasi ini kini memiliki aset bernilai jutaan ringgit seperti bangunan lot kedai 4 pintu, 1 ekar tanah di Esplanade Sidek, 3 ekar tanah di Perpaduan Ria dan Jeti Kapal seluas 2 ekar di bandar Kudat.

Dalam tempoh 8 bulan pertama tahun ini, iaitu daripada Januari hingga Ogos 2016, koperasi tersebut telah mencatatkan perolehan perniagaan sejumlah 157 ribu ringgit. Ko Dakwah juga berhasrat untuk membuka “mini market” di Kudat.

Koperasi ini dianggotai seramai 100 anggota dengan jumlah syer atau yuran sejumlah RM10,000 dan bilangan Anggota Lembaga Koperasi (ALK) seramai 15 orang.

Ko Dakwah ditubuhkan bertujuan untuk meningkatkan ekonomi anggota dan menyediakan kemudahan bersama kepada anggota serta orang awam di daerah Kudat disamping meneruskan aktiviti dakwah Islam melalui pergerakan koperasi.

JASA (duduk, empat dari kiri) bersama Umar (duduk, tiga dari kanan), Sapdin (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama  Ahli Lembaga Ko Dakwah dan pegawai SKM semasa lawatan itu.

JASA (duduk, empat dari kiri) bersama Umar (duduk, tiga dari kanan), Sapdin (duduk, tiga dari kiri) bergambar bersama Ahli Lembaga Ko Dakwah dan pegawai SKM semasa lawatan itu.

Anggota Lembaga Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Jasa Haji Raudah bersama Pengarah SKM Sabah, Encik Umar Sarim Haji Saidin dan Naib Pengerusi SKM,Haji Zazali Haron kagum dengan kejayaan yang dicatat oleh KBDKB semasa melawat koperasi-koperasi di Kudat, baru-baru ini.

Mereka dalam siri lawatan ke koperasi-koperasi di kawasan Sandakan, Lahad Datu, Tawau dan Kudat.

Perkembangan positif Ko Dakwah mendapat perhatian dan pujian daripada Jasa dan beliau berharap ia terus berkembang maju dan menjadi “role model” kepada persatuan Dakwah Islam yang lain di Sabah khususnya untuk berkecimpung dalam aktiviti perkoperasian.

“Kejayaan koperasi ini agak signifikan dan telah kejayaan mengubah sikap serta mindah anggota daripada terlalu bergantung kepada bantuan kewangan daripada orang ramai dan agensi kerajaan untuk membiayai aktiviti dakwah mereka.

“Melalui koperasi ini, anggota-anggota Persatuan Dakwah telah berjaya meningkatkan kerjasama yang sedia ada untuk bersama-sama meningkatkan ekonomi anggota”, katanya.

Sempena lawatan itu, Jasa telah mengumumkan bantuan pembangunan koperasi sebanyak RM5,000 sebagai tanda sokongan kepada Ko Dakwah untuk memantapkan lagi pengurusan dan membantu meningkatkan kemajuan perniagaan koperasi.

“SKM berharap agar  koperasi ini bukan sahaja mampu menyediakan kemudahan kepada anggota tetapi juga kepada masyarakat setempat”, tegas Jasa.-SayangSabah

JETI Kapal dimiliki oleh Ko Dakwah

JETI Kapal dimiliki oleh Ko Dakwah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan