Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,658

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KM sokong rombakan kecil Kabinet Persekutuan

9:12pm 27/06/2016 Elezebeth Esther Onjining 79 views Politik,Tempatan,YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman

KOTA KINABALU- Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman menyambut baik rombakan kecil Kabinet Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Katanya, pelantikan tersebut akan memantapkan lagi pentadbiran kerajaan di bawah kepimpinan PM dalam melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat dengan lebih cekap dan berkesan.

“Kerajaan negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih atas pelantikan YB. Datuk Nasrun Datu Mansur sebagai Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi. Kita percaya ia satu pilihan yang tepat dan akan membantu memacu perkembangan industri minyak kelapa sawit, yang menjadi antara sumber utama ekonomi negeri,” katanya dalam satu kenyataan media, disini, hari ini.

Di samping itu, beliau turut menyokong pelantikan Datuk Abdul Rahman Dahlan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam soal ekonomi negara.

Menurut Musa, ia merupakan satu pengiktirafan tinggi kepada pemimpin Sabah, untuk menerajui satu sektor yang penting dalam pembangunan negara.- SayangSabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan