Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,702

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KM Sabah Arah Semakan Segera Tatacara Perolehan Kewangan Jabatan, Agensi Negeri

musa

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman mengarahkan semakan segera tatacara perolehan, pemantauan dan pengurusan kewangan jabatan dan agensi negeri, khususnya berkaitan peruntukan di luar bajet negeri.

Dalam kenyataan di sini hari ini, Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri berkata semakan lanjut itu tidak akan menyentuh dan mengganggu siasatan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua pegawai kanan sebuah agensi kerajaan di Sabah atas dakwaan salah guna kuasa terhadap projek infrastruktur bernilai RM3.3 bilion.

“Semakan akan berfokus kepada tatacara perolehan dan pemantauan bukan sahaja jabatan yang berkenaan, tetapi semua jabatan dan agensi negeri yang terlibat menguruskan peruntukan di luar Bajet Kerajaan Negeri dan disalurkan melalui kementerian, jabatan dan agensi luar.

Pada masa yang sama, saya meminta semua pihak memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM). Jangan bertindak mendahului SPRM termasuk membuat sebarang kenyataan yang boleh mengganggu siasatan yang dijalankan oleh pihak SPRM,” katanya.

Musa juga berkata kerajaan negeri sentiasa komited dalam agenda memerangi rasuah dan sentiasa meletakkan pematuhan integriti sebagai prinsip utama dalam setiap aspek termasuk pengurusan kewangan negeri.

–BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan