Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KM: Bajet 2014 inklusif dan dan realistik

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Aman mengalu-alukan Bajet 2014 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini. Beliau menyifatkannya sebagai realistik dan boleh dicapai.

“Bajet itu boleh memastikan ekonomi negara akan terus maju dan berkembang,” katanya di sidang akhbar selepas menonton siaran langsung bajet 2014 di kediaman rasminya di Sri Gaya.

Bernilai RM264.2 bilion bajet itu mempunyai lima teras utama: merangsang aktiviti ekonomi, mengukuhkan pengurusan fiskal, memupuk kecemerlangan modal insan, meningkatkan pembangunan bandar dan luar bandar dan memastikan kesejahteraan rakyat ke arah mencapai status negara maju.

Dengan tema, Memperkukuhkan Daya Tahan Ekonomi, Mempercepatkan Transformasi dan Memenuhi Janji, Musa berkata, kerajaan negeri akan memberi komitmen penuh untuk melaksanakan pelbagai inisiatif, langkah-langkah dan program-program di bawah Bajet 2014, terutamanya yang melibatkan Sabah.

Datuk Seri Panglima Musa Aman
Datuk Seri Panglima Musa Aman

Bajet ini memberi jaminan bahawa kerajaan mampu mengurangkan kesan kelembapan ekonomi global dan mengambil langkah-langkah untuk mengukuhkan ekonomi negara.

“Saya percaya bajet ini mengandungi langkah-langkah yang mencukupi untuk menghadapi cabaran ekonomi global dan bertahan ketika negara ini terus menjadi mampan dan berdaya tahan untuk meningkatkan kesejahteraan sosio-ekonomi rakyat,” katanya.

Dalam bajet 2014, fokus diberi tumpuan kepada projek-projek berimpak tinggi seperti Urea Ammonia Sabah (SAMUR ), projek Kebabangan dan projek agropolitan, menaik taraf lapangan terbang Kota Kinabalu dan Sandakan, pembangunan pendidikan, kesihatan, kajian tanah adat dan pengukuhan zon Eastern Command Keselamatan Sabah (ESCOMM).

Antara acara kemuncak Bajet 2014 adalah hasrat kerajaan untuk memperkenalkan enam peratus Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada tahun 2015, pemberian meninggkat BR1M, penarikan subsidi gula 34 peratus dan struktur cukai pendapatan baru.

Ketika membentangkan bajet itu, Najib berkata cukai tunggal yang dikenali sebagai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang akan memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia.

Beliau berkata, GST 6 peratus itu akan dilaksanakan berkuat kuasa 1 April 2015. Beliau memberi jaminan kepada negara bahawa GST tidak akan dikenakan ke atas barangan makanan asas seperti beras, gula, garam, tepung, minyak masak, kacang, herba, rempah, ikan masin dan bekalan air paip. Pengecualian ini juga akan meliputi 200 unit pertama elektrik setiap bulan untuk pengguna domestik, perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta pendidikan dan perkhidmatan kesihatan.

Najib berkata kerajaan juga akan menyediakan pelbagai bentuk bantuan semasa tempoh peralihan pelaksanaan GST termasuk bantuan tunai sebanyak RM300 kepada isi rumah yang layak sebagai penerima BR1M.

Pengurangan cukai pendapatan bagi individu juga dikenakan. “Kadar cukai pendapatan individu akan dikurangkan sebanyak 1 hingga 3 mata peratusan bagi semua pembayar cukai,” katanya.

Pemansuhan subsidi gula 34 peratus bertujuan untuk mengurangkan penggunaan gula yang tinggi dianggap sebagai menyumbang kepada kejadian tinggi kencing manis di kalangan rakyat Malaysia.

“Menurut statistik, seramai 2.6 juta rakyat Malaysia di bawah umur 30 tahun menghidap kencing manis. Jika tidak dirawat, pesakit akan menghadapi pelbagai komplikasi seperti penyakit jantung, kegagalan buah pinggang, buta dan pemotongan anggota badan,” katanya.

Hampir serta-merta, kos gula meningkat daripada RM2.50 sekilogram kepada RM2.84 .

Komen


Berita Berkaitan