Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,707

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Klip video GST berjudul “Kenapa Tak Tanya” dilancarkan

2:41pm 11/04/2016 Leolerry Lajius 25 views Tempatan
Jainab (kiri) dan Hajiji (Dua dari kiri) ketika majlis pelancaran klip video tersebut.

Jainab (kiri) dan Hajiji (Dua dari kiri) ketika majlis pelancaran klip video tersebut.

KOTA KINABALU: Sebuah klip video lagu mengenai cukai barang dan perkhidmatan (GST) yang berjudul “Kenapa Tak Tanya” telah dilancarkan dalam satu majlis yang diadakan di  Kompleks Bersepadu Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM), di Jabatan Penyiaran Malaysia Sabah, pagi tadi.

Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Hj. Hajiji Haji Noor, pelancaran klip itu adalah bertujuan untuk memberikan gambaran yang jelas berkaitan pelaksanaan GST, pihak-pihak yang terlibat serta impak daripada pelaksanaannya.

“Diharapkan rakyat khususnya para pengguna dan Gen Y akan lebih memahami pelaksanaan GST serta kepentingannya kepada rakyat serta negara dan usaha untuk memanjangkan penyiaran video klip ini ke saluran RTM di seluruh negara juga merupakan satu langkah yang tepat dan terbaik,” katanya ketika berucap sempena majlis tersebut mewakili Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Hj. Aman.

Tambah beliau, GST merupakan salah satu langkah kerajaan bagi menyusun dan menambahbaik sistem percukaian negara supaya lebih berkesan, saksama, efisien dan telus serta dapat mengelakkan berlakunya cukai terselindung dan cukai bertindih sebagaimana yang terdapat pada sistem cukai sebelum ini.

Sementara itu, menurut Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Hajah Jainab Hj. Ahmad Ayid, jika GST dilaksanakan mengikut tatacara yang betul dan jika dibuat perbandingan dengan cukai terdahulu iaitu SST maka GST pada kadar 6% ini sebenarnya adalah lebih rendah dan harga barangan sepatutnya secara puratanya lebih murah serta mampu milik.

“Kita akan sentiasa turun padang mengadakan pemantauan bagi membanteras gejala peniaga yang menaikkan barang dan perkhidmatan sesuka hati ,”katanya.-Oleh Leolerry Lajius/Sayang Sabah

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan