Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,692

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Klip audio pertama didedah

9:45am 23/05/2016 Pak Roshan 2010 views Global
KELUARGA dan rakan menunaikan solat ghaib untuk Abdlmehsen al-Suhail, penumpang warga Kuwait yang maut dalam nahas pesawat EgyptAir.

KELUARGA dan rakan menunaikan solat ghaib untuk Abdlmehsen al-Suhail, penumpang warga Kuwait yang maut dalam nahas pesawat EgyptAir.

Kaherah: Klip audio pertama dikatakan daripada pesawat MS804 EgyptAir menunjukkan tiada apa-apa yang membimbangkan ketika ia melintasi ruang udara Switzerland.

Audio pertama daripada penerbangan itu menunjukkan semuanya mengikut rutin biasa apabila pesawat berkenaan melaporkan diri kepada pengawal trafik udara di Zurich, Switzerland, malah sempat bergurau dengan rakan sejawatan di Greece sejurus sebelum pesawat itu terhempas ke Laut Mediterranean menyebabkan semua 66 penumpang serta anak kapal terbunuh.

Rakaman itu didedahkan dalam pada data penerbangan menunjukkan kokpit mengalami masalah selain asap di dalam satu tandas pesawat itu membayangkan detik cemas sebelum nahas berlaku ketika Airbus 320 itu dalam penerbangan ke Kaherah dari Paris.

Juruterbang dikesan menghubungi Zurich kali terakhir pada lewat Rabu sebelum diserahkan kepada pengawal trafik udara di Padua, Itali.

Rakaman audio itu dari laman web www.liveatc.net yang menyiarkan rekod kawalan trafik udara di seluruh dunia secara langsung. Komunikasi berlaku sekitar tengah malam (waktu tempatan), dua jam setengah sebelum pengawal trafik udara Greece terputus hubungan dengan pesawat.

Maklumat dibocorkan daripada penerbangan MS804 termasuk tiga minit sehingga bunyi penggera didengar sebelum terus terputus hubungan.

Pihak berkuasa menganggap masih terlalu awal untuk mengetahui apa sebenarnya berlaku, tetapi bukti semakin menunjukkan bencana mengejut yang menyebabkan pesawat itu terhempas awal Khamis lalu.

Menurut pihak berkuasa, pesawat terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sebelum berpusing dan terhempas 11,600 meter ke laut tanpa sempat membuat panggilan kecemasan. – Agensi/HMetro

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan