Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,683

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Klinik Kesihatan Tawau beroperasi Isnin

1:02pm 14/10/2016 Pak Roshan 2426 views Mutakhir,Tawau,Tempatan
Klinik Kesihatan Tawau Jenis 2. Gambar kecil; Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi.

Klinik Kesihatan Tawau Jenis 2. Gambar kecil; Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi.

TAWAU: Mulai Isnin ini, Klinik Kesihatan Tawau Jenis 2 di Jalan Datuk Chong Thien Vun, dekat Sin Onn di sini, akan mengambil alih perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar Hospital Tawau yang beroperasi dari jam 8 pagi hingga 5 petang.

Pengarah Kesihatan Sabah, Datuk Dr Christina Rundi, berkata ia berikutan jumlah pesakit harian di Jabatan Pesakit Luar Hospital Tawau kian meningkat dari semasa ke semasa, hingga mencecah 600 orang pesakit dalam sehari.

Katanya, faktor penambahan pesakit dan kekangan ruang operasi di jabatan sedia ada menimbulkan rasa tidak selesa pesakit ketika mendapatkan rawatan.

“Sehubungan itu, Jabatan Kesihatan negeri komited menangani masalah terbabit dengan menyediakan penempatan baharu di Klinik Kesihatan Tawau Jenis 2 yang dapat menampung beban kerja sedia ada, seterusnya menyahut dan merealisasikan seruan kerajaan untuk ‘merakyatkan perkhidmatan awam’.

“Penduduk daerah Tawau akan menerima perkhidmatan rawatan perubatan yang berkualiti dalam keadaan selesa, selain kemudahan disediakan lebih baik berbanding Jabatan Pesakit Luar di Hospital Tawau,” katanya menerusi kenyataan di sini, sebentar tadi.

Dr Christina berkata, masyarakat Tawau dan daerah sekitarnya boleh menghubungi talian hotline 089-775733 untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan operasi di Klinik Kesihatan Tawau Jenis 2.  – BH Online

Klinik Kesihatan Tawau Jenis 2 di Jalan Datuk Chong Thien Vun, dekat Sin Onn, Tawau yang akan akan mengambil alih perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar Hospital Tawau, mulai Isnin ini. - Foto Abdul Rahemang Taiming

Klinik Kesihatan Tawau Jenis 2 di Jalan Datuk Chong Thien Vun, dekat Sin Onn, Tawau yang akan akan mengambil alih perkhidmatan Jabatan Pesakit Luar Hospital Tawau, mulai Isnin ini. – Foto Abdul Rahemang Taiming

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan