Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,643

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Klinik Kesihatan Sandakan Catat Penurunan Penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis Babit Warga Emas

5:53pm 26/10/2016 Pak Roshan 8 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

Klinik Kesihatan Sandakan Catat Penurunan Penyakit Darah Tinggi, Kencing Manis Babit Warga Emas

Klinik Kesihatan Sandakan

Klinik Kesihatan Sandakan

SANDAKAN : Penyakit darah tinggi dan kencing manis membabitkan warga emas berumur 60 tahun ke atas yang berdaftar di Klinik Kesihatan Sandakan menurun 50 peratus dalam tempoh sembilan pertama tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Sandakan, Chan Tzun Hei berkata bagi penyakit darah tinggi sebanyak 824 kes baharu dicatatkan pada tahun lepas, manakala Januari hingga September lepas hanya 243 kes sahaja.

Katanya bagi penyakit kencing manis pula, sebanyak 233 kes dicatatkan pada tahun lepas dan 113 kes dalam tahun ini sehingga September lepas.

“Penurunan itu menunjukan sesuatu yang positif menunjukkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya darah tinggi dan kencing manis,” katanya ketika merasmikan sambutan Hari Warga Emas peringkat daerah di sini, hari ini.

Beliau berkata bagi penyakit asma pula, pada tahun lepas sebanyak 16 kes baharu dicatatkan, sehingga September pada tahun ini 18 kes sahaja.

Menurutnya rujukan baharu bagi warga emas yang mendapatkan rawatan Rehabilitasi di Klinik Kesihatan Sandakan pula adalah sebanyak 165 kes pada tahun lepas.

Katanya sehingga September lepas, sebanyak 130 kes rujukan baharu yang terdiri daripada pelbagai jenis masalah antaranya sakit lutut, sakit tulang belakang dan angin ahmar.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan