Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,765

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

Klinik 1Malaysia Dibuka Di PPR Taman Murni Sandakan

10:40pm 15/11/2016 Pak Roshan 106 views Mutakhir,Sandakan,Tempatan

ppr

SANDAKAN : Klinik 1Malaysia (K1M) di Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Murni Batu 7 dekat sini mula beroperasi secara rasmi hari ini.

Pegawai Kesihatan Kawasan Sandakan, Dr Johari Awang Besar berkata pembukaan K1M PPR itu membolehkan penduduk sekitar lebih mudah dan dekat mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Katanya, antaranya Kampung Tinosa 1 dan 2, sekitar Kem Tentera, Batu Putih, Sungai Kayu, Taman Alam Indah, Taman Aman Jaya 1 dan 2, Taman Airport, Taman Fajar, Taman Fajar Perdana, Taman Sejati, Taman Sejati Ujana, Apartmen Sejati, Taman Rajawali, Taman Nuri, Taman Kenari dan Taman Merpati.

Kemudahan umum itu membantu mengurangkan kesesakan di K1M Bandar Labuk, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dijangkakan pada awal Januari tahun depan, seorang doktor juga akan ditempatkan di K1M itu.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan