Sayang Sabah Facebook

Likes
Sayang Sabah Twitter

11,642

Followers

Sayang Sabah - Portal Berita Negeri Kita

KL, Sabah Terima Pengarah SPRM Baharu

11:41am 03/03/2016 Pak Roshan 166 views Mutakhir,Nasional

sprm2-600x366

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahya dilantik sebagai Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bagi menggantikan Datuk Hassan Yahya yang bersara wajib berkuat kuasa 1 Feb lepas.

Menurut kenyataan SPRM pada Rabu, sebelum ini Ahmad Khusairi, 49, merupakan Pengarah Bahagian Dasar Perancangan dan Penyelidikan dan memulakan kerjaya sebagai pegawai penyiasat pada tahun 1992.

Dalam pada itu, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, 53, dilantik sebagai Pengarah SPRM Sabah berkuat kuasa semalam (1 Mac), menggantikan Datuk Hishamuddin Hashim.

Sebelum ini, Shaharom merupakan Pengarah SPRM Negeri Sembilan dan telah memulakan perkhidmatan sebagai pegawai penyiasat pada 1992.

Hishamuddin bertukar ke Ibu Pejabat SPRM Putrajaya dengan memegang jawatan sebagai Pengarah Perisikan.

— BERNAMA

Apa Komen dan Pendapat Anda

Artikel Berkaitan