Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KKUMS Lantik FEC jadi ejen ambil pelatih JPK

Ramlan (tiga kanan) dan Razif (tepi kiri) bergambar bersama dokumen perjanjian yang ditandatangani bersama. Turut kelihatan Pengurus Besar Kumpulan UiNVEST, Yusak Yumboris @ Misek (dua kanan) dan Ketua UMS Centre For Profesional Development (UCPD), Mohd Hamdan Ruhimin (tepi kanan).

 

KOTA KINABALU: First Education Center (FEC) dilantik sebagai syarikat pertama sebagai ejen pengambilan pelatih Kolej Kemahiran UMS (KKUMS).

Pelantikan itu dibuat melalui satu Majlis Menandatangani Perjanjian bersama yang berlangsung di sini baru-baru ini antara FEC dan anak syarikat milik penuh Universiti Malaysia Sabah, UMS Investment Holdings Sdn. Bhd. (UiNVEST) selaku pengendali tadbir urus KKUMS.

Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UiNVEST, Ramlan Awang Ali dalam ucapannya berkata, usahasama di antara KKUMS dan FEC dapat membantu melonjakkan jumlah pelatih yang melanjutkan pengajian di KKUMS dari semasa ke semasa.

“KKUMS yang terletak di Alamesra Plaza Utama, Kota Kinabalu komited dalam menyediakan peluang pendidikan dan latihan masyarakat di negeri Sabah dengan menawarkan program kemahiran untuk para belia berumur 16-45 tahun.

“Ini adalah selaras dengan objektif penubuhan KKUMS iaitu untuk memberi pendidikan dan membantu peluang mencari pekerjaan kepada masyarakat setempat melalui peningkatan tahap kemahiran walaupun sekadar memiliki kelulusan darjah 6 atau Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan setaraf kepada pemegang Sijil Kemahiran Malaysia sekali gus menyumbang kepada pembangunan ekonomi di negeri ini,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan FEC, Razif Matar berkata, sasaran pengambilan untuk program kemahiran KKUMS adalah mereka yang menamatkan pendidikan menengah dengan memperolehi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi tidak menerima tawaran untuk kemasukan ke universiti tempatan kerana kurang memenuhi syarat kelayakan.

“Rebutlah peluang ini kerana KKUMS adalah platform terbaik untuk golongan muda yang kurang cemerlang dalam pencapaian akademik meningkatkan taraf pendidikan dan kemahiran mereka,” ujarnya.

Untuk rekod, FEC sebagai permulaan telah berjaya membawa masuk 33 pelatih untuk menghadiri kursus Pentadbiran Pejabat – Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 selama enam bulan, dan Kursus Penyeliaan Pengurusan Pejabat Tahap 3 selama 12 bulan dengan pembiayaan penuh pengajian daripada dana kerajaan melalui Unit Perancangan Ekonomi Negeri Sabah (UPEN).

Justeru, mereka yang berminat untuk mendaftar program kemahiran boleh menghubungi FEC di talian 010-363 2182 atau datang terus ke pejabat KKUMS di Lot 64, Block K, Alamesra Plaza Utama, Jalan UMS, Kota Kinabalu.

Informasi lanjut berkaitan peluang pendidikan di KKUMS juga boleh diakses dengan menekan butang ‘Like’ pada laman facebook rasmi UCPD.

KKUMS merupakan sebuah pusat latihan kemahiran yang telah mendapat pentauliahan dari Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia dengan No Kod Pusat L02216./SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan