Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KKR tunggu laporan kerosakan 4 aset utama kerajaan

Rosnah Abdul Rashid Shirlin (depan) mendengar taklimat oleh Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Bencana Alam daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam semasa melawat PPS di SMK Taun Gusi. - foto Aryan De Vera
Rosnah Abdul Rashid Shirlin (depan) mendengar taklimat oleh Pegawai Daerah yang juga Pengerusi Bencana Alam daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam semasa melawat PPS di SMK Taun Gusi. – foto Aryan De Vera

KOTA BELUD – Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang meneliti empat aset utama kerajaan iaitu jalan raya cerun, bangunan dan jambatan yang mengalami kerosakan ekoran banjir di beberapa daerah di negeri ini untuk melaksana kerja-kerja pembaikan.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, setakat ini pihaknya masih belum mendapat maklumat dari kawasan-kawasan terlibat, namun beliau yakin laporan tersebut akan diperolehi dalam tempoh terdekat.

“Kita masih menunggu laporan berkenaan, mungkin kita akan dapat selepas pasca banjir,” katanya ketika ditemui ketika melawat mangsa banjir serta mewakili Majlis Kepimpinan Tun Fatimah (MIFTAH) bersama Universiti Malaysia Sabah dan Puteri UMNO negeri menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa banjir di daerah ini, semalam.

Dalam pada itu, Rosnah memberitahu prosedur operasi standard (SOP) di bawah kementerian itu bagi menilai kerosakan di jalan-jalan persekutuan akibat banjir di beberapa negeri di Semenanjung ketika ini berjalan lancar.

Menurut beliau, aspek pengendalian cekap di kawasan-kawasan terjejas banjir memastikan kelancaran laporan penilaian itu yang telah diberikan terus kepada bilik gerakan utama banjir yang berpusat di ibu pejabat KKR.

Sementara itu, dua daripada tiga pusat pemindahan sementara di daerah ini telah ditutup berikutan keadaan banjir yang semakin reda manakala sebahagian besar penduduk yang terjejas juga sudah kembali ke rumah masing-masing. – oleh Aryan De Vera / SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan