Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KKMM turut membantu pembangunan pendidikan – Salleh

Aziz (dua kiri) menyerahkan kata laluan dan tajaan tutor.com.my kepada Salleh yang kemudiannya diserahkan kepada Maimunah (dua kanan) untuk diagihkan kepada​​ ​6,000 orang pelajar di Parlimen Kota Belud.

KOTA BELUD: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) turut berperanan secara tidak langsung dalam proses pembangunan pendidikan negara selain tugas utama sebagai penyampai maklumat rasmi kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Tun Said berkata, usaha itu selaras dengan Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) yang menyasarkan pembangunan serta pertumbuhan berpaksikan rakyat agar dapat dinikmat​​i ​secara menyeluruh.

​”​KKMM sentiasa membuka ruang dan menyokong apa juga rangka kemajuan termasuk pendidikan selain menaiktaraf pembangunan ​infrastruktur bagi melahirkan generasi celik teknologi maklumat terutama di kawasan luar bandar​,” kata beliau.​

Salleh berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Pendidikan Bersama Utusan Malaysia di Sekolah Menengah Kebangsaan ​(SMK) ​Pekan II, di sini pada Sabtu.

​Dalam pada itu, beliau turut menyentuh berkenaan pentingnya peranan media massa dalam menyumbang kepada kepesatan perkembangan pendidikan negara.

“Media merupakan medium pengantara dalam menyalurkan maklumat, selain mampu memupuk generasi muda meminati pelbagai bidang terutama aliran pendidikan yang pelbagai.

“Para pengamal ​m​edia perlu memainkan peranan dengan penuh dedikasi dalam menyalurkan maklumat tepat berserta suntikan elemen tarikan yang menarik sebagai formula utama dalam mengekalkan kedudukannya sebagai sumber rujukan serta pembekal maklumat yang jitu,” katanya​.

Beliau turut memuji kolaborasi pintar antara Utusan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dalam melaksanakan program itu, dan berharap dapat dicontohi oleh syarikat dan badan korporat yang lain. ​

Pada majlis itu, Salleh turut menaja Akhbar Sisipan Tutor kepada enam ribu orang pelajar di Parlimen Kota Belud serta melancarkan Program Edaran Tablet kepada Guru-guru Peringkat Negeri Sabah.

Hadir sama, Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Maimunah Suhaibul; Pemangku Pegawai Pendidikan Daerah ​K​ota Belud, Anjan Rudin dan Pengetua SMK Pekan II Kota Belud, Liasin Kaloh. /Penerangan-

Salleh, Maimunah dan Aziz menunjukan isyarat ‘bagus’ kepada kolaborasi pintar Utusan Malaysia dan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah bersama-sama para ibu bapa dan kakitangan pendidikan sejurus majlis perasmian tersebut.

Komen


Berita Berkaitan