Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KKMM teruskan sebar maklumat secara berkesan

Pairin (tengah) bersalaman dengan para pengunjung rumah terbuka. - foto ihsan Jabatan Penerangan Sabah
Pairin (tengah) bersalaman dengan para pengunjung rumah terbuka sambil diperhatihan Ghulan (kiri). – foto ihsan Jabatan Penerangan Sabah

PAPAR – Usaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dalam membantu kerajaan menyampaikan maklumat secara berkesan kepada rakyat khususnya di luar bandar perlu diteruskan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawang, Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar berkata, ia bagi menyuburkan jati diri, memartabatkan patriotisme dalam kalangan rakyat agar menjiwai aspirasi pembangunan negara.

“Sebagai contoh dalam program ini, kita menghargai usaha K1M yang terlibat iaitu K1M Pengalat, Kawang, Benoni, Pikat/Biau, Surati/ Lakut, Kimanis dan Kuala yang bekerja keras menjayakan program ini,” katanya Program Semarak Aidilfitri K1M Peringkat Daerah Papar dan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri di kediamannya, di sini semalam.

Hadir dalam majlis itu ialah, Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian negeri, Tan Sri Joseph Pairin Kitingan; Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Menteri Belia dan Sukan negeri, Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, Datuk Johny Mositun.

Pada majlis itu juga, diadakan penyampaian Geran Pengurusan K1M Daerah Papar bernilai RM28,000 kepada Pengerusi Permuafakatan K1M, Awang Mahmud Pengiran Daud.

Acara lain yang dijalankan ialah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak Tadika Kemas, sukaneka, pertandingan karaoke, pameran serta jualan produk, ceramah dan demonstrasi Jabatan Bomba dan Penyelamat. – SayangSabah

Komen


Berita Berkaitan