Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
Sandakan
Tawau
Lahad Datu
Keningau
Putatan
Semporna
Kudat
Papar
Ranau
Beaufort
Kota Belud

Sayang Sabah - Berita Negeri Kita

KKMM menyantuni golongan yang memerlukan

Sharifah Zaharah diiringi Swady (kiri) mendengar keperluan yang diperlukan Normawati, yang memiliki kemahiran menjahit namun tidak mampu membeli mesin khas tersebut berikutan harganya yang mahal.

KOTA BELUD: Kembara Jalinan Kasih (KJK) anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) satu lagi inisiatif murni untuk menyantuni golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU).

Ketua Setiausaha KKMM, Tan Sri Dr Sharifah Zaharah Syed Ahmad berkata, tujuannya adalah untuk mendekati golongan yang memerlukan dan bertanya khabar walaupun sesetengahnya sudah uzur dan tidak mampu bergerak.​

“Hari ini, kita sampaikan bantuan keperluan makanan harian dan wang tunai di samping beramah mesra bersama pemimpin setempat dan mereka yang memerlukan.

“Sumbangan itu antara usaha keprihatinan agensi kerajaan terhadap kebajikan di samping menterjemahkan nilai kasih sayang terhadap golongan warga yang memerlukan,”​ katanya ketika ditemui di sini, pada Jumaat.

​Seramai 10 penerima bantuan yang terdiri dari kalangan golongan warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) dari Kampung (Kg.) Tengkurus dan Kg. Sayap di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian. ​

Program tersebut antara pengisian sempena Program Negaraku: Menghubung Menyatu @Kota Belud yang dirasmikan Menteri KKMM, Datuk Seri Mohd Salleh Tun Said di Padang Sekolah Kebangsaan Tamu Darat pada jam 2 petang, Sabtu ini.

Sementara itu, seorang OKU, Normawati Joseph, 30, yang mengalami masalah penyakit kulit sejak lahir dari Kg. Tengkurus berasa amat bersyukur dan berterima kasih kerana dikunjungi oleh pemimpin setempat.

“Lebih bermakna saya dapat berinteraksi dengan pemimpin setempat dan ketua agensi kerajaan yang mendengar keperluan yang diperlukan oleh saya​,​” kongsi beliau.

Tambahnya, program KKMM ini wajar diberi pujian kerana pendekatan berkenaan membolehkan penduduk berinteraksi dengan pemimpin setempat khususnya berkaitan kebajikan.

Pada lawatan tersebut, Normawati turut menerima sebuah mesin jahit khas yang boleh digunakan untuk menambah pendapatan keluarga.

Turut hadir ADUN Kadamaian, Jeremy Malajad; ​Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam;​ Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia, Datuk Ibrahim Abdul Rahman;​​ ​Pengarah Penerangan Negeri Sabah, Swady Guliling;​​ Pengarah Penyiaran Sabah, Malinaziah Datu Mohd. Julasip dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Sabah, Datuk Abdul Manap Lakariba./Penerangan-​

Ibrahim (tiga dari kanan) ketika melihat pemeriksaan kesihatan salah seorang penerima bantuan.

Komen


Berita Berkaitan